Memaparkan catatan dengan label G-Spot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label G-Spot. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 23, 2011

G-Spot Wanita


Sebelum melakukan hubungan seks, sewajarnya setiap pasangan bermesra atau berasmara dalam tempoh tertentu supaya kedua-duanya sama-sama naik ghairah. Seperti lelaki, wanita juga mempunyai kawasan yang amat sensitif dengan rangsangan yang dikenali sebagai G-Spot.

G-Spot atau titik ghairah ialah satu kawasan misteri yang masih dicari-cari oleh lelaki sejak sekian lama. Wanita akan memberi reaksi yang tersendiri apabila bahagian ini disentuh. Maka tidak hairanlah kebanyakan lelaki berusaha menjejakinya. Kawasan ini dinamakan G-Spot sempena nama Dr Grafenberg, iaitu orang yang menemui kawasan larangan ini. Menurutnya wanita mempunyai satu kawasan yang sangat sensitif. Apabila G-Spot seseorang itu dirangsang akan menyebabkan wanita berasa kenikmatan luar biasa sehingga mengeluarkan sejenis cecair.

Menurut kajian Dr Grafenberg, ramai wanita menikmati orgasme pada G-Spot. Mereka akan terangsang apabila kawasan ini disentuh oleh jari atau zakar sehingga mengeluarkan sejenis cecair. Tahap cecair yang dikeluarkan itu berbeza di antara wanita tetapi ia cukup untuk membasahkan tempat tidur. Tetapi sesetengah lelaki pula menganggap wanita ini terkencing. Padahal dia mengalami orgasme yang cukup nikmat.

Cecair Yang Dikeluarkan

Cecair yang dikeluarkan akibat rangsangan itu berasal dari uretha dan ianya bukanlah air kencing. Ia dihasilkan oleh benjolan ‘skene’ yang mengelilingi uretha yang berfungsi sepertimana prostat lelaki. Apabila wanita terangsang atau sedang merasai kenikmatan, dia boleh menghasilkan sejenis cecair. Jumlah cecair yang dikeluarkan itu antara satu sudu teh hingga boleh membasahi tilam. Namun, rasa cecair ini bergantung kepada 
kedudukan hari dan bulan. Boleh jadi rasanya manis hingga pahit.

Lokasi G-Spot (Bahagian A)

Lupakan Sains
 
Kata Grafenberg, lupakan seketika tentang kemajuan ilmu sains atau anatomi yang anda ketahui. Sebaliknya pelajari bagaimana anda dapat membantu wanita mencapai orgasme secara menelusuri titik ghairahnya dengan cara tersendiri. Pun begitu, anda ditegah mencari G-Spot ini secara membabi buta. Sepertimana melakukan hubungan seks, begitu juga dengan ekspedisi ini. Anda perlu bermesra dengan mindanya terlebih dahulu. Berbuallah dengan mesra di saat berasmara.

Berbual Tentang Seks

Anda boleh bercerita perkara berkaitan seks. Ceritakan pengalaman atau khayalan anda tentang dirinya selama ini. Katakan apa yang anda inginkan darinya. Carilah daya penarik yang ada padanya sehingga dia benar-benar bahagia. Kebanyakan pasangan masih berasa malu untuk berbincang mengenai hasrat, keinginan dan fikiran terhadap seks. Oleh kerana kedua-dua pihak tidak berterus terang maka mereka dibayangi dengan perasaan cemas dan takut. Ada yang takut tidak dapat memuaskan pasangan. Padahal ia bukanlah sesuatu hal yang pelik kerana dengan membuang perasaan malu setiap masalah dapat diluahkan. Sikap berterus-terang secara tidak langsung akan menghilangkan perasaan takut bagi setiap pasangan.

Sebagai suami, bergurau sendalah dengan isteri.Suasana gurau senda ini dapat melepaskan tekanan dan rasa malu pasangan anda. Biarpun menggunakan kata-kata ‘nakal’ ia tetap melegakan pasangan. Sebagai gantinya hubungan seks anda menjadi lebih hangat. Berbuallah kepada pasangan perkara-perkara romantik termasuk teknik hubungan seks yang belum pernah dilakukan. Ia sebenarnya merupakan perbualan yang penuh emosi. Dengan bercerita ia menjadi langkah awal (foreplay) untuk menghilangkan tekanan perasaan serta dalam masa yang sama dapat merangsang titik ghairahnya. Foreplay berpengaruh dan berkesan untuk memperbaiki kehidupan seksual seseorang. Apabila bercerita mengenai teknik maka pasangan akan ‘terlibat’ dalam khayalan mengenai teknik-teknik baru yang belum pernah dilakukan. Melalui khayalan, secara tidak langsung akan terputus segala halangan atau rintangan yang menganggu kobaran api asmara selama ini.

Lokasi G-Spot (Bahagian B)

Selesa

Sebelum berasmara, pastikan tempat atau bilik tidur dalam keadaan selesa. Kawasan yang bersih, harum dengan tata hias perabot yang menarik akan membuatkan pasangan berada dalam keadaan selesa dan nyaman. Minda juga akan menjadi tenang dengan suasana yang damai. Dan pastilah anda berdua telah bersedia untuk melakukan.

Persediaan

Biarkan dia berada dalam keadaan menghairahkan. Sentuh dan urutlah tubuhnya, mengusap lembut payudara atau anggota tubuh lain akan dapat membantu dia mencapai puncak syahwat.

Mana Lokasinya?

Sesetengah pakar seperti Dr Ruth Westheimer percaya G-Spot hanyalah titik khayalan wanita. Tetapi bagi mereka yang pernah secara kebetulan melihat reaksi wanita yang mencapai orgasme apabila disentuh pada bahagian G-Spot akan mengakui kebenaran kenyataan itu. Menurut mereka pada peringkat ini, wanita benar-benar terangsang dan kenikmatan yang dicapai sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pun begitu, Dr Grafenberg menjelaskan G-Spot dapat ditemui di bahagian dinding dalam vagina di antara mulut vagina hingga ke rahim. Bagaimanapun, lokasi G-Spot setiap wanita berbeza-beza. Ada yang menikmatinya dan tidak kurang yang rasa terganggu apabila disentuh. Malah ada yang berasa seperti hendak kencing. Jadi berhati-hatilah.

Mulakan Pencarian

Sebelum anda memulakan ekspedisi pencarian, jagalah kebersihan diri. Pastikan seluruh tubuh anda bersih termasuk jari dan kuku dipotong rapi. Lakukan pencarian dengan sebaik mungkin. Ketika menjelajah janganlah bertanya kepada pasangan soalan seperti, “Ini ke? Bagaimana sekarang?”. Apabila anda berjaya menemuinya anda akan mengetahui secara automatik.

Meskipun G-Spot ini membuat wanita terangsang tetapi janganlah terlalu mengharap untuk menjejakinya. Ia boleh menyebabkan rasa kecewa jika tidak ditemui. Dan anda janganlah terlalu serius sebaiknya lakukan dengan perasaan gembira. Jangan melakukan pencarian sehingga pasangan berasa tertekan, buruk padahnya.


Jumaat, Ogos 19, 2011

Onani punca gemuk?

SOALAN:
Saya suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?


JAWAPAN:
Terima kasih. Soalan yang diutarakan oleh Puan amat menarik sekali. Sangkaan Puan berkaitan onani menyebabkan cepat obes adalah tidak tepat. Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan alat.

Onani di kalangan wanita amat jarang diperbincangkan. Adalah menjadi satu ‘tabu’ untuk membincangkan aktiviti ini yang juga wujud di kalangan wanita. Begitu juga, wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka ‘tidak mengapa’ mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan. Agama Islam juga mengharamkan seseorang wanita berkhayal kotor dan menonton filem porno. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ia terdesak dan demi mencegah zina. Secara kesimpulan, dibolehkan barang siapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkannya bernikah demi mencapai perintah Allah.

Onani tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian atau fizikal. Ini adalah salah anggap atau mitos-mitos yang tidak tepat yang sering dikaitkan dengan onani. Dari segi pandangan perubatan moden, onani adalah selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu merasa bersalah atau tertekan selepas onani. Onani boleh memberi kelegaan kepada ketegangan seks (sexual tension). Ia adalah cara paling selamat kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi seks seperti HIV. Ia juga adalah suatu cara seseorang wanita mendapat kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks, dapat meningkatkan aliran darah ke bahagian kemaluan dan seterusnya meningkatkan fungsi serta kesihatan seksual, memberi peluang kepada seseorang mengenali dan memahami fokus erotik pada badan sendiri dan juga boleh membantu wanita mencapai orgasma.

ARKIB UTUSAN: 03/07/2011

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.! 

16 Perkara Tentang SEKS

Mengikut Kamus Dewan, seks ialah, “1- Sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina; 2- Keinginan syahwat.”

Ini bermaksud, seks membicarakan tentang jantina serta sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita dan menggunakannya secara yang betul, dan agar kita menghormati mereka yang berlainan jenis dari kita dan tidak menzalimi mereka. Seks juga membicarakan tentang kehendak nafsu syahwat agar kita akhirnya mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya.

NAFSU SEPERTI LAYANG-LAYANG.
Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ya, ia suatu pemandangan yang mengasyikkan! Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mampu terus mengasyikkan anda? Ia disebabkan benang yang ada di badannya terus mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu dan akhirnya akan tersadailah ia di tempat yang tidak menentu menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus darinya dia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.

SEKS ADALAH KEPERLUAN FITRAH.
Manusia perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud “Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

SEKS ADALAH AMANAH.
Tubuh anda adalah amanah yang dianugerahkan Allah kepada anda. Justeru anggota seks juga adalah amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang kemudian dia meletakkan dan menggunakan wang itu sesuka hatinya? Sudah pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak jujur! Demikianlah juga dengan alat kelamin anda. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati anda dengannya tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata, “Amanah ialah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.”

SEKS BUKAN SEKADAR MEMUASKAN NAFSU.
Seks yang sebenarnya ialah hubungan spirituil dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal, dinaungi oleh landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan Ilahi.Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Dalam Al-Quran Allah berfirman, “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21) BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup, iaitu, kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.

SEKS YANG HALAL ADALAH IBADAH.
Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh nabi di dalam hadis yang bermaksud, “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?’ Bersabda Nabi Muhammad, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala’.” (Riwayat Muslim)

TIDAK CUKUP SEKADAR MEMAKAI KONDOM.
Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Yang penting bagi mereka ialah memakai kondom agar kaum hawa terpelihara dari jangkitan AIDS. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Walaupun ia dilakukan secara reda, ia adalah haram dan mendatangkan dosa. Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

ZINA YANG HARAM ADA PADAHNYA. Antara padahnya ialah kesan negatif di sudut emosi. Dr. David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, membuat kajian selama sepuluh tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan-perubahan positif kesan dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan, malah kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan yang negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil dari perbuatan mereka itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10 March 1999) Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

SEKS BEBAS MEMBUNUH.
Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa….. Satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar) Pada hari ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari grup ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Di antara komplikasi yang timbul kesan dari penyakit-penyakit ini ialah, mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy, barah, kemandulan, sakit jantung, infeksi dan sakit puan. Mengikut Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ia disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan di samping berleluasanya seks bebas di dalam masyarakat. (Rujuk NIAID Fact Sheet, An Introduction to Sexually Transmitted Diseases, July 1999)

ZINA BUKAN SEKADAR HUBUNGAN KELAMIN.
Islam mengutuk segala bentuk perzinaan dan segala perkara yang boleh membawa kepadanya dianggap buruk dan diharamkan oleh Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran, “Dan janganlah kamu mendekati zina.” (Surah Al-Isra ayat 32) Antara alat yang boleh merangsang syahwat manusia dan kemudian membawanya kepada zina ialah mata. Sebagai contoh, melihat gambar-gambar dan menonton filem-filem lucah, adalah satu bentuk zina. Justeru, Allah berfirman, “Katakanlah kepada lelaki yang Mukmin, (kawallah) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka.”

BERDUA-DUAAN MEMBAWA RISIKO.
Barat bersikap liberal di dalam aspek pergaulan lelaki dan perempuan dan menganggapnya sebagai satu cara hidup yang sepatutnya dicontohi oleh orang lain. Namun statistik semasa menunjukkan, cara hidup sedemikian lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan. Sebagai contoh, mengikut Jabatan Keadilan Amerika, bagi setiap dua minit seorang wanita mengalami gangguan seksual, dan pada tahun 1996, 307,000 orang wanita menjadi mangsa rogol dan serangan seksual di Amerika. Baru-baru ini kajian oleh National Women Study di Amerika menunjukkan lebih kurang 683,000 wanita menjadi mangsa rogol setiap tahun di Amerika. KEBANYAKAN DARIPADA KES-KES INI MELIBATKAN ORANG YANG DIKENALI TERUTAMANYA KETIKA SEDANG BERDUA-DUAAN DAN BERTEMU JANJI. Justeru, larangan bergaul bebas dan berdua-duaan yang ditetapkan oleh Islam amat relevan dengan dunia hari ini. Larangan ini mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bagi kaum wanita.

BAHAYA SEKS KETIKA HAID.
Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222) Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.

HARAM HOMOSEKS DAN LESBIAN.
Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom.

ISLAM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN.
Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan dari umatku.” (Riwayat Tabrani & Baihaqi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu.” (Riwayat Bukhari)

CIRI-CIRI SUAMI ISTERI.
Nabi Muhammad bersabda, berhubung dengan kriteria pemilihan isteri, yang bermaksud: “Pilihlah yang mempunyai kebaikan agama, akan selamatlah kamu.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Baginda juga tidak melupakan kriteria di dalam pemilihan suami, berdasarkan sabda Baginda, “Jika yang datang meminang anak perempuanmu seorang yang kamu redai agama dan akhlaknya, maka terimalah dan kahwinkanlah dia dengan anakmu.” (Riwayat TIrmIzi)

WAJIB MANDI SELEPAS HUBUNGAN SEKS.
Kebersihan diri amat dipentingkan oleh Islam. Umat Islam diwajibkan mandi selepas mengadakan hubungan seks antara suami isteri, walaupun tanpa mengeluarkan air mani, seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Apabila kemaluan bertemu dengan kemaluan, wajiblah mandi.” (Riwayat Tarmuzi) Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, “Walaupun jika tidak mengeluarkan air mani.” (Riwayat Muslim dan Ahmad) Jika air mani keluar tanpa hubungan seks (sebagai contoh melalui mimpi), mandi tetap diwajibkan.

MANDI WAJIB SAINTIFIK.
Mengikut pakar-pakar perubatan dari Institut Teknologi Penjagaan Kesihatan di Washington, untuk mencegah penyakit jangkitan seksual daripada merebak, hubungan seks perlulah dilakukan hanya dengan mereka yang dipercayai, dan tidak dilakukan secara bebas. Menjaga kebersihan diri sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks seperti segera membasuh anggota sulit selepas mengadakan persetubuhan juga adalah penting. Malah pakar-pakar dari Institut ini menggalakkan seseorang mandi secara sempurna selepas mengadakan hubungan seks sebagai langkah pencegahan dari serangan penyakit-penyakit. (Rujuk The Institute for Technology in Health Care, Safer Sex: Reduce Your Risk Of Disease, After-Sex Hygiene, Washington, 2001)

(Untuk perincian sila dapatkan buku Dr. Danial bin Zainal Abidin bertajuk “Perubatan Islam dan Bukti Sain Moden Edisi Ke-2”)
Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.! 

8 Faedah Seks kepada Kesihatan

Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika DIAMALKAN SECARA BETUL. Oleh itu, seks hanya HALAL kepada pasangan yang sudah berKAHWIN. Terdapat beberapa faedah seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.



1) Mengurangkan Berat Badan – Macam-macam alasan untuk bersenam? Jangan terkejut kalau seks juga dianggap sebagai senaman. Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75-150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

2) Tingkatkan Kesihatan Jantung – Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Cara lain? Tentulah seks kerana ia merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

3) Membantu Tidur lebih Nyenyak – Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks.

4) Meningkatkan Sistem Imunisasi – Pelbagai penyakit yang berkait rapat dengan virus semakin meningkat akhir-akhir ini seperti selsema burung. Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi. Pelik tapi menarik.

5) Meningkatkan Kesihatan Mental – Apakah cara yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan melawan tekanan perasaan? Jawapannya mudah. Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG! Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun. Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

6) Membantu Melegakan Kesakitan – Anda mungkin menukar penyataan “Malam ni tak boleh. Sakit kepala ni…” kepada “OK, malam ni jugak sebab I sakit kepala”. Menurut pakar kesihatan, seks dapat melegakan kesakitan dengan pengeluaran hormon oksitosin yang merangsang penghasilan endorfin, pelega kesakitan. Betapa besarnya kuasa Tuhan!

7) Membantu Pengawalan Pundi Kencing – Mungkin agak pelik pada pendengaran anda, tapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk. Cara senaman Kegel —-> Ketatkan otot pelvic anda sebagaimana anda menahan kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulanglah sebanyak mana yang anda mahu.

8 ) Mencantikkan Kulit – Bolehkah seks menjadikan anda lebih cantik? Sudah tentu! Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda. Semasa hubungan seks, badan anda kan menghasilkan hormon “dehydroepiandrosterone” yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan kulit.

Walaupun terdapat pelbagai faedah kesihatan yang dikaitkan dengan seks, tetapi sekali lagi, ingin saya tekankan, naluri SEKS yang disalurkan melalui PERKAHWINAN adalah yang terbaik kerana ia HALAL, melibatkan perasaan kasih sayang yang suci dan akan mendapat PAHALA jika dilakukan dengan IKHLAS. Hubungan seks di luar perkahwinan hanya membawa kepada rasa menyesal yang bertimpa-timpa dan tekanan jiwa yang  kebiasaannya dialami oleh pihak WANITA. Akibatnya, pembuangan bayi yang tidak berdosa juga akan meningkat. Hanya sekadar luahan hati dari wanita yang bergelar isteri dan ibu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda dapati entri blog ini berguna, kongsi dengan rakan-rakan anda. Klik butang Facebook dan Twitter di bawah.!