Memaparkan catatan dengan label Lelaki Mandul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lelaki Mandul. Papar semua catatan

Selasa, Disember 27, 2011

Petua Mengurangkan Perut Boroi (Lelaki)

Andakah anda teringin perut anda kelihatan seperti ini?

Salam semua, buat rakan-rakan lelaki yang umurnya semakin meningkat, selalunya masalah perutlah yang menjadi igauan ngeri buat mereka. Kenaikan lemak-lemak buncit di perut jika tidak di jaga memang nampak agak jelek di pandangan mata. Akan terserlahlah ketuaan kita jika berperut buncit. Tips ini boleh juga untuk kaum wanita.
Kita selalu nakkan Mrs kita slim dan maintain, apa kata kita pun sesama maintain barulah Mrs akan rasa bangga bersuamikan suami yang hensem.. he he.. tak payah ada ketak pun tak pe, asalkan buncitnya tidaklah terlalu menonjol sudah cukup baik pada mereka.

Apa kata anda cuba petua ini; 

1-Minyak Zaitun
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak-lemak tadi akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak berlebihan serta mengatasi masalah berat badan.

Senaman yang boleh mengurangkan perut yang boroi..

2- Limau Kasturi + Kapur Makan 
Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata. Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini. Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak dan selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini. Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit. Insyaallah akan pecah lemak dalamannya melalui proses buang air besar keesokkan harinya dan jangan lupa minum banyak air kosong. Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari dan barulah mendapat hasilnya.

3- Jangan Makan Nasi
Tidak dinafikan nasi adalah makanan rutin kita sejak kita dilahirkan. Adakalanya kawan kita mengadu bahawa mereka "lapar nasi". Tetapi jika anda benar-benar ingin mengurangkan perut yang boroi bermakna anda tiada pilihan. Lupakan nasi seketika dan kalau boleh makan nasi hanya sekali seminggu. Untuk mengelak rasa lapar amalkan meminum air kosong yang banyak kerana air boleh membantu menghancurkan lemak yang terdapat di sekitar perut.

SEKADAR INGATAN..
Ini yang selalu berlaku pada kaum lelaki.. majoriti lepas kawen je mesti jadi boroi... agak kelakar juga bila orang berkata "bini belum lagi mengandung tetapi si suami dah mengandung dulu" ehehe... So.. dari sekarang jaga dan kawallah berat badan anda...

SELAMAT MENCUBA

Terima kasih yang tak terhingga buat semua pengunjung blog ini.
(klik gambar)

Sabtu, Disember 03, 2011

Faktor Atau Penyebab Lelaki Mandul

Kemandulan atau gangguan kesuburan bukan hanya masalah perempuan tapi juga laki-laki. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan gangguan kesuburan pada laki-laki yang boleh menyebabkan kemandulan.

Dalam masa 50 tahun terakhir, dianggarkan kesuburan laki-laki telah menurun kira-kira 2 peratus setiap tahun. Sebahagian besar gangguan kesuburan pada laki-laki ini disebabkan oleh pilihan gaya hidup yang salah.

Para pakar mengatakan bahawa ketika suatu pasangan mengalami kemandulan, maka sepertiga disebabkan oleh perempuan, satu pertiga disebabkan oleh laki-laki dan sepertiganya boleh disebabkan oleh kedua-duanya.
Penyebab ketidaksuburan pada laki-laki boleh disebabkan oleh genetik, tapi ada juga yang berkaitan dengan gaya hidup. Berikut ini adalah beberapa hal yang boleh meningkatkan risiko laki-laki menjadi tidak subur (infertile), seperti dipetik dari FoxNews, Rabu (15/8/2011) iaitu:

1. Gangguan genetik
Sebuah mutasi genetik boleh menghilangkan lapisan karbohidrat sekitar sperma sehingga mengurangkan pergerakannya. Jika laki-laki mewarisi dua mutasi genetik dari ibu dan ayahnya, maka keadaan ini akan membuatnya sukar menghamili pasangan.

2. Obesiti
Memiliki tubuh gemuk atau pun kelebihan berat badan membuat tubuh menjadi tidak sihat sehingga menjejaskan fungsi dari setiap sel yang ada di dalam tubuh termasuk sperma.

3. Pekerjaan
Beberapa pekerjaan boleh mempengaruhi jumlah sperma seperti seperti pelukis, pengimpal, pembina, pemandu dan beberapa pekerjaan pejabat yang terlalu banyak duduk kerana membuat suhu di skrotum meningkat.

4. Penyalahgunaan alkohol
Laki-laki yang menjadi seorang penagih alkohol akan mempunyai sel-sel normal yang 30 peratus lebih sedikit di dalam air maninya.

5. Masalah seksual
Beberapa gangguan seksual yang dimiliki oleh laki-laki seperti pancutan pramatang atau disfungsi ereksi boleh membuat laki-laki sukar membuahi sel telur perempuan.

6. Merokok
Salah satu kesan negatif yang terbesar yang mungkin dirasakan oleh laki-laki perokok adalah pergerakkan sperma.

7. Kekurangan gizi
Untuk memiliki sperma yang sihat, maka diperlukan pengambilan zat gizi seperti vitamin C, zink, vitamin E dan beta karotena yang cukup.

8. Terdedah zat beracun
Sering terdedah kepada zat beracun seperti yang terkandung dalam racun perosak atau cat timbal boleh merosakkan sperma.

9. Menggunakan ganja atau dadah
Laki-laki yang menggunakan dadah seperti ganja atau yang lain boleh mengurangkan jumlah dari sperma dan isipadu air mani yang dimilikinya.

10. Sering memangku laptop
Jika sering menggunakan laptop, sebaiknya diletakkan di meja atau menggunakan pelapis, kerana memangku laptop boleh meningkatkan suhu di skrotum yang mempengaruhi kualiti dari sperma.