Khamis, Disember 29, 2011

Makanan Yang Boleh Menghilangkan Bau Badan

Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan karena banyak hal. Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. 

Dikutip dari hoswtuffworks, jenis bawang-bawangan, kunyit, belacan, masakan berempah (kari), daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan pemicu aroma yang tidak sedap. Untuk itu, Anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut. 


Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Apa sajakah itu? Berikut empat makanan yang dapat memngurangkan aroma tubuh yang kurang sedap. 

Tomato

Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Seperti dikutip Curebum, bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi Anda.

Teh Hijau 

Bau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan karena faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh. 

Daun Saderi (Daun Sup)

Seperti dikutip Foodscout, Daun Saderi dapat melawan bau badan. Kandungan Daun Saderi dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan Daun Saderi dalam makanan sehat anda.

Jus Rumput

Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Mungkin kedengarannya aneh, tapi jus rumput sudah banyak dijual di gerai minuman yang ada di mall-mall. Dilansir dari Foodscout, khasiat jus rumput dipercaya dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.

SELAMAT MENCUBA 

Selasa, Disember 27, 2011

Petua Mengurangkan Perut Boroi (Lelaki)

Andakah anda teringin perut anda kelihatan seperti ini?

Salam semua, buat rakan-rakan lelaki yang umurnya semakin meningkat, selalunya masalah perutlah yang menjadi igauan ngeri buat mereka. Kenaikan lemak-lemak buncit di perut jika tidak di jaga memang nampak agak jelek di pandangan mata. Akan terserlahlah ketuaan kita jika berperut buncit. Tips ini boleh juga untuk kaum wanita.
Kita selalu nakkan Mrs kita slim dan maintain, apa kata kita pun sesama maintain barulah Mrs akan rasa bangga bersuamikan suami yang hensem.. he he.. tak payah ada ketak pun tak pe, asalkan buncitnya tidaklah terlalu menonjol sudah cukup baik pada mereka.

Apa kata anda cuba petua ini; 

1-Minyak Zaitun
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak-lemak tadi akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak berlebihan serta mengatasi masalah berat badan.

Senaman yang boleh mengurangkan perut yang boroi..

2- Limau Kasturi + Kapur Makan 
Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata. Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini. Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak dan selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini. Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit. Insyaallah akan pecah lemak dalamannya melalui proses buang air besar keesokkan harinya dan jangan lupa minum banyak air kosong. Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari dan barulah mendapat hasilnya.

3- Jangan Makan Nasi
Tidak dinafikan nasi adalah makanan rutin kita sejak kita dilahirkan. Adakalanya kawan kita mengadu bahawa mereka "lapar nasi". Tetapi jika anda benar-benar ingin mengurangkan perut yang boroi bermakna anda tiada pilihan. Lupakan nasi seketika dan kalau boleh makan nasi hanya sekali seminggu. Untuk mengelak rasa lapar amalkan meminum air kosong yang banyak kerana air boleh membantu menghancurkan lemak yang terdapat di sekitar perut.

SEKADAR INGATAN..
Ini yang selalu berlaku pada kaum lelaki.. majoriti lepas kawen je mesti jadi boroi... agak kelakar juga bila orang berkata "bini belum lagi mengandung tetapi si suami dah mengandung dulu" ehehe... So.. dari sekarang jaga dan kawallah berat badan anda...

SELAMAT MENCUBA

Terima kasih yang tak terhingga buat semua pengunjung blog ini.
(klik gambar)

Khamis, Disember 22, 2011

Cara Untuk Mengenal Pasti Lelaki Teruna

Berikut merupakan antara beberapa kaedah atau cara untuk mengesan lelaki itu masih mempunyai teruna atau tidak. Artikel ini ditulis setelah dikaji serta membuat carian, perbualan dan perbincangan diantara beberapa orang sahabat lelaki dan perempuan.
  • Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

  • Lelaki teruna suka berlagak dan tunjuk berani tak bertempat di depan kekasihnya
  • Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
  • Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
  • Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
  • Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.
  • Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna akan menunjukkan reaksi yang bersahaja.
  • Lelaki teruna terlalu sensitif, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
  • Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik, lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku.
  • Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik, mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.
Entri ini tidak sama sekali berniat untuk menjatuhkan kewibawaan lelaki. Lagi pun aku pun lelaki juga. Namun diakui bukan semua cara diatas dapat mengesan seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. Cuma sekadar berkongsi info dan maklumat yang baik berdasarkan carian, perbualan, kajian serta perbincangan. Ada penambahan? Komen la...