Rabu, April 04, 2012

6 Step Paling Berkesan Untuk Kuruskan Badan

  • Tidakkah anda teringin untuk kelihatan cantik dan bergaya dengan potongan badan yang menarik? 
  • Malu menayangkan bentuk badan bila tiap kali bergambar dengan kawan-kawan? 
  • Anda jadi tidak yakin pada diri sendiri dan sering merasakan tidak ada seorang pun yang sudi mendampingi anda selain kawan yang rapat dengan anda?

Kini anda boleh tersenyum dan boleh ucap SELAMAT TINGGAL kepada berat badan yang berlebihan juga dikenali sebagai obes.

Berikut adalah tips kuruskan berat badan yang paling berkesan selain dari tips-tips yang ada dipasaran.

Tiada bayaran yang dikenakan tetapi memerlukan komitmen yang tinggi dari anda. Itupun jika anda benar-benar ingin kelihatan kurus dan menarik.

STEP 1.
Beli Penimbang Berat Badan (weight scales).
Tujuan:
Timbanglah berat anda setiap minggu dan pastikan berat anda turun sekurang-kurangnya 1kg setiap minggu. Rekod (tulis) di kalendar jumlah berat anda. Paling best timbanglah berat anda pada setiap hari Isnin selepas mandi pagi. Anda bertanggungjawab memantau berat badan anda dengan cara mengawal tabiat pemakanan anda.

STEP 2.
Dua (2) Liter Air Sehari (Air Kosong) - Beli botol air minuman berkapasiti dua (2) Liter.
Tujuan:
Jika anda rasa lapar minumlah air untuk hilangkan rasa lapar. Ia akan membantu anda untuk mencairkan benda pejal yang terdapat dalam tubuh badan anda. Jika mampu cuba minum 2 liter air sehari kerana ia akan membantu nyahkan toksin dari dalam tubuh badan disamping itu air juga akan mencantikkan struktur kulit anda dan menjadikan kulit anda kelihatan anjal.

STEP 3.
Kesihatan Emosi (Emotional Wellness) - kawal emosi
Tujuan:
Emosi memainkan peranan yang penting untuk mendorong anda lebih bersemangat atau sebaliknya. Cuba kawal tekanan perasaan (stress) sebaik mungkin. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Jika anda rasa kecewa dan tertekan jangan biar ia memakan diri sehingga anda gagal mengawal tabiat pemakanan. Tidak dinafikan semakin anda tertekan selera makan anda juga akan meningkat. Banyakkan berzikir dan mengingati Allah (untuk orang Islam) @ dengar musik sentimental yang menenangkan seperti musik Kitaro. Pastikan keperluan tidur anda cukup untuk membuatkan anda cergas keesokan harinya.

STEP 4.
Kawal Pemakanan (Control Diet)
Tujuan:
Penyebab utama seseorang menjadi gemuk @ obes kerana tabiat pemakanan yang tidak dikawal. Amalkan "makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang". Anda dinasihatkan untuk kerap makan dalam sehari TETAPI dalam kuantiti yang sedikit. Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Jangan biarkan perut anda kosong. Sekurang-kurangnya minumlah air untuk hilangkan rasa lapar.

STEP 5.
Makanan Tambahan Kesihatan (Health Supplements)
Tujuan:
Belilah vitamin dan mineral yang ada dijual di farmasi. Vitamin amat penting untuk badan kerana tidak semua makanan yang kita makan hari ini boleh menghasilkan zat & vitamin yang diperlukan oleh badan. Contohnya: Multivitamin, Vitamin C, Fish Oil, Glucosamine, Omega 3, Garlic Oil dan sebagainya. Di farmasi banyak zat galian dan vitamin didapati. Pastikan anda mendapat nasihat dari Doktor Farmasi sebelum mengguna produk kesihatan. Alternatif lain cubalah jenama yang popular yang kini ada di farmasi yang berdekatan.
STEP 6.
Bersenam
Tujuan:
Luangkan masa sekurang-kurangnya 30minit dan 2 kali seminggu untuk melakukan senaman. Kerana ianya boleh membantu anda untuk membakar kalori yang tidak diperlukan oleh badan anda. Jangan melakukan senaman yang agak keterlaluan tetapi memadailah berjalan kaki sebanyak 2 pusingan di sekeliling tasik, pantai atau taman perumahan yang ada dipersekitaran anda.

Penulis: Ardi Salasa

~ SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA ~

Isnin, April 02, 2012

Teknik Belaian Payudara (Bergambar)

Apabila anda memberikan sentuhan lembut, urutan dan belaian ke atas badan wanita jangan lupa bahagian yang paling penting iaitu payudara. Sekiranya anda tidak melakukan belaian ke atas payudara, ia bagaikan urutan dan belaian yang tidak lengkap.


Di bawah disenaraikan 4 langkah cara-cara membelai payudara wanita dengan betul.

Awas:
Pastikan anda membelai dengan lembut dan betul kerana kawasan payudara merupakan kawasan yang sensitif. Dengan menggunakan cara yang betul, pengaliran darah akan berjalan lancar dan ini akan meningkat rasa keghairahan dan menyeronokkan ke atas wanita tersebut. 

Praktikkan langkah-langkah di bawah. Ia mampu meningkatkan tahap keghairahan wanita. 

Langkah 1


Letakkan tapak tangan kanan anda rapat di atas payudara sebelah kiri. Sapu perlahan-lahan, tarik ke arah bahu sebelah kanan. Letakkan tapak tangan kiri anda rapat ke atas payudara sebelah kanan. Sapu perlahan-lahan, tarik ke arah bahu sebelah kiri. Pergerakan tangan anda bersilang dan lakukan perkara di atas berturut-turut sehingga 6 ke 7 kali.

Langkah 2


Sapu sedikit minyak aroma di hujung jari anda dan basahkan minyak tersebut ke atas payudara. Pastikan sentuhan tersebut adalah yang paling lembut di antara tersentuh dengan tidak. Lakukan ke atas salah satu payudara seperti yang di tunjukkan di dalam rajah di atas. Mulakan dengan pusingan dari luar buah dada secara perlahan-lahan hingga pusingan tersebut mendekati puting buah dada. Kemudian lakukan perkara yang sama ke atas payudara yang satu lagi.


Langkah 3


Picit dengan pelahan, kepit kulit yang berdekatan dengan payudara seperti dalam gambar di atas. Geselkan perlahan-lahan ke arah depan dan belakang kawasan puting payudara. Lakukan dengan lembut dan ulang beberapa kali. Kemudian lakukan perkara yang sama ke atas payudara yang satu lagi.

Langkah 4


Gentel puting payudara dengan lembut menggunakan minyak aroma menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Gentel ke kiri dan ke kanan dengan perlahan-lahan. Lakukan selama beberapa minit. Kemudian buat perkara yang sama ke atas payudara yang satu lagi.

Rabu, Mac 28, 2012

Keburukan Seks Sebelum Nikah

APABILA cinta menguasai diri dan nafsu mengatasi segalanya, pertimbangan diri menjadi lemah hingga menyebabkan terjerumus dalam isu seks sebelum berkahwin. SEKS satu perkataan ringkas tetapi mempunyai pemahaman yang sungguh luas dan subjektif. Jika sekali mencubanya, pasti ia memerangkap diri sendiri. Konflik menjadi semakin rumit apabila pasangan kekasih ini belum berkahwin dan remaja wanita pula didapati mengandung.

Kemudian mereka mengambil keputusan melakukan pengguguran haram atau membuang bayi tersebut. Isu ini bukan baru menular di kalangan remaja tetapi telah berlaku di kalangan masyarakat sejak dahulu lagi. Pada era globalisasi ini, ramai yang lebih terbuka dalam membicarakan perihal seks dari pelbagai sudut dan perspektif walaupun masih ada yang menganggap ia sesuatu yang tabu dan tidak manis diperkatakan, terutamanya oleh mereka yang belum berkahwin. Lupakan sejenak perbezaan kedua-dua pendapat ini kerana realitinya, semakin ramai remaja terbabit dalam aktiviti seks luar nikah dewasa ini.


Walaupun sejak kanak-kanak lagi, masyarakat telah diberitahu bahawa seks adalah satu perkara yang ‘tidak baik’ melainkan adanya ikatan perkahwinan antara dua pasangan lelaki dan perempuan, masih ada juga yang terbabit dalam seks luar nikah. Bukan itu saja, ada yang melakukan seks oral (hubungan seks yang membabitkan mulut dan alat sulit saja) dengan anggapan bahawa ia ‘ringan’ dan tidak akan menyebabkan kehamilan. Harus diingat, biarpun tidak menyebabkan kehamilan, ia masih berisiko untuk menyebarkan penyakit kelamin, herpes, sifilis dan hepatitis.


Menurut Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Nur Azurah Abdul Ghani, golongan remaja perlu menghindari hubungan seks sebelum berkahwin untuk menghindari jangkitan penyakit kelamin (STD) dan mengandung luar nikah. “Hubungan seks boleh menyebabkan jangkitan pelbagai penyakit kelamin seperti jangkitan pelvis dan kanser rahim. “Oleh itu remaja perlu menghindari seks dan hubungan seks selepas berkahwin adalah lebih selamat. “Selain itu, sudut sosial juga perlu diambil kira kerana kehamilan luar nikah ini menyebabkan ramai remaja yang memilih untuk menggugurkan dan membuang bayi. “Maka, terjadilah kes bayi dibuang dalam tong sampah dan memilih menggugurkan kandungan di klinik-klinik tidak berdaftar yang akhirnya menjejaskan lagi kesihatan,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja dalam Forum Pengurusan Bijak tentang Kesihatan dan Gejala Sosial Remaja di HUKM, baru-baru ini. Tambah Dr. Nur Azurah, dari segi fizikal dan emosi, usia remaja tidak sesuai dan mereka sendiri belum bersedia untuk menjadi ibu bapa. Malah, semua pegangan agama juga melarang lelaki dan perempuan menjalankan hubungan seks sebelum berkahwin. 

Persoalannya, adakah remaja ini menyesali perbuatan mereka? Dr. Nur Azurah menjelaskan, jawapannya: `Ya’ kerana remaja khususnya wanita yang pernah menjalinkan hubungan seks ini memberitahu yang mereka tertekan kerana khuatir akan hamil. “Pada saat ini, remaja jadi serba tidak kena dan mereka akan membeli alat ujian kehamilan dan memeriksa sendiri sama ada mereka hamil atau tidak. “Bukan itu sahaja, hubungan seks juga boleh membawa kepada penyakit AIDS dan STD. “Apabila diminta membuat ujian, misalnya, kerajaan telah menetapkan sebelum berkahwin pasangan perlu membuat ujian HIV, mereka takut dan mengalami kerisauan yang melampau,’’ katanya. Jelas Dr. Nur Azurah, mengikut kajian yang dibuat, jumlah remaja wanita yang menyesali hubungan seks sebelum berkahwin lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Apabila ditanya sebab mereka melakukan hubungan seks tanpa nikah, remaja selalu memberi alasan bahawa susah hendak meninggalkan tabiat ini seolah-olah ‘ketagih seks’. “Sekiranya remaja itu ada rasa bersalah, ia merupakan tindak balas yang sihat kerana remaja ini mempunyai kesedaran perkara yang betul dan salah. “Ini menunjukkan remaja ini perlukan pendidikan seks yang boleh diberikan sendiri oleh ibu bapa, pihak sekolah dan pegangan agama yang kukuh,’’ jelasnya. Tambah Dr. Nur Azurah, remaja yang telah dijangkiti penyakit kelamin merasakan dirinya terlalu kotor, hilang keyakinan diri dan menjadikan perkembangan personaliti seseorang itu terbantut. “Pada usia remaja, seseorang itu sepatutnya ceria dan gembira tetapi apabila tertekan, ia menghalang personaliti mereka berkembang dengan baik,’’ katanya.

Ada juga kes yang menyebabkan kematian seperti membunuh bekas kekasih yang menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain kerana rasa cemburu yang melampau. Di samping itu, hubungan seks tanpa nikah ini menyebabkan seseorang itu tidak mempercayai orang lain. Malah, ada juga yang sering mencari alasan untuk menjalinkan hubungan seks dengan menipu, memujuk dengan berjanji akan berkahwin dan sebagainya. “Cara yang terbaik untuk menghindari masalah ini ialah mengelak daripada mengadakan hubungan seks.

“Bagaimana caranya kita menjawab soalan apabila diajak mengadakan hubungan seks oleh pasangan kita itu amat penting. “Seharusnya kita berbincang dan berkomunikasi dengan pasangan kita,’’ katanya. Dr. Nur Azurah turut menasihati agar remaja tidak tertipu dengan ayat yang selalu dilafazkan oleh pasangan terutamanya remaja lelaki iaitu ‘jika awak mencintai saya, awak perlu mengadakan hubungan seks dengan saya’. “Ibu bapa merupakan individu dan saluran yang terbaik untuk remaja berbincang tentang masalah yang dialami termasuk masalah seks.

Anda boleh bertanya dan bercerita secara baik dengan mereka. “Ingat, anda boleh mendapat STD dan mengandung dengan melakukan seks. “Air mani yang tertumpah berdekatan atau masuk ke dalam faraj memberi peluang untuk anda mengandung atau mendapat STD. “Jangan sekali-kali mencuba seks sebelum berkahwin kerana ia boleh memberi impak yang negatif dalam hidup anda,’’ jelasnya. Pendek kata, berfikir dahulu sebelum melakukan seks sebelum berkahwin dan fikirkan masa depan anda yang masih panjang lagi.