Selasa, Julai 31, 2012

Seks Yang Memuaskan (Pesanan Untuk Isteri)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa pada tahun 2012. Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf sebab dah jarang meng"update" web blog ini atas sebab kesibukan yang telah melanda. Maklumlah tengah ngadap final semester la katakan.. di samping tu sibuk nak buat duit raya. Anyway di sini saya kongsikan artikel terbaru bertajuk "SEKS YANG MEMUASKAN". Selamat membaca..

-----------------------------------

Seks adalah satu-satunya keperluan lelaki yang tidak boleh diperolehi diluar rumah (berzina). Setiap lelaki inginkan seorang isteri memberi layanan first class terhadap seks.

Kenapa harus suami ‘makan yang haram’ diluar, padahal dirumah ada yang halal? Seorang kawan saya menjawab:. ”Di rumah.. isteri tidak pandai melayan nafsu seks suami!” Sambil selamba seorang kawan lagi berkata, ”Kenapa perempuan Siam lebih pandai melayani nafsu seks lelaki? dan mereka lebih bagus dan faham kehendak lelaki!”

Pesanan Untuk Isteri
Apakah wanita Melayu tidak pandai? Atau pun, apakah isteri kita tidak pandai ‘buat seks‘? Semuanya itu adalah alasan semata-mata. Seandainya perempuan Melayu atau isteri kita dirumah pandai melayani kehendak suaminya, saya rasa kehebatan dan kehangatan wanita Melayu akan tersohor dan mengasyikkan.

Di sini saya ingin kongsi beberapa petua yang harus dibaca dan diamalkan oleh setiap orang yang bergelar ISTERI MELAYU.

No.1:
Di rumah makan malam lebih awal 1 atau 2 jam sebelum setubuh. 

No.2:
Siapkan Diri: Siapkan diri anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum hubungan kelamin dengan mandi,berus gigi, cuci mulut dan cuci faraj dan pakai pakaian seksi yang nipis dan menghairahkan serta pakai sedikit bauan halus dan lembut.

No.3: 
Goda Suami: Godalah suami anda sebaik mungkin dengan duduk di sisi suami. Jika suami kelihatan malas, usik dia sehingga menaikkan berahi dengan aksi-aski menarik anda, katakan;’ kononnya seperti perempuan siam’. Apa salahnya kan ini suami anda yang sah dan perkara yang anda lakukan ini adalah halal dan sunat! 

No.4:
Jangan sekali-kali menanti pelukan suami anda. Anda adalah seorang isteri, seorang wanita yang harus mengoda suami anda. Anda harus memberi semua yang terbaik yang ada pada diri anda untuk suami anda, anda mahu suami sentiasa ingat dan sayangkan anda. Nah ! lakukan apa saja yang anda fikir dapat mengoda suami anda, lakukan sekarang, jangan biarkan perempuan lain mengodakan suami anda !

No.5:
Jangan malu, Jangan takut dan jangan Malas.
Itu semua adalah nasihat syaitan. Kalau dia masih duduk di kerusi, anda himpitkan diri anda dekat-dekat dia, usik zakar suami anda, kalau dia angkat tangan anda ketepi, anda himpitkan dia kuat-kuat, jika dia masih tidak respon, bisikkan pelahan-lahan ditelinganya untuk ke kamar, tengok TV di kamar dan jika dia masih gagal untuk bangun, pelahan-lahan tarikkan tangannya dan letakkan tangannya ke faraj anda. Tidak dinafikan ada lelaki liat ‘buat seks‘ dengan isteri namun anda harus bersabar, kerana kadang-kadang ‘suami’ anda ini sememangnya ‘tidak ganas’ dan ‘dianggap ‘suami berjurus’ – bersabarlah…

SALAM BAHAGIA

Isnin, April 09, 2012

Kesan Melancap Dalam Hubungan Seks Suami Isteri


Amalan onani yang telah diamalkan sejak sekian lama boleh memberikan kesan kepada hubungan intim yang normal. Lebih teruk lagi sekiranya onani yang dilakukan menggunakan cara yang ekstrem.


Onani sememangnya berbeza dengan hubungan seks yang normal kerana anda tidak perlu untuk memberikan pertimbangan kepada pasangan anda, malah anda lakukan untuk kepuasan diri sendiri semata-mata.


Hubungan intim yang normal memerlukan anda lebih bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan di samping menghormati keinginan pasangan. Sekiranya anda tidak dapat memenuhi harapan pasangan, tentunya ia boleh menjejaskan kualiti hubungan intim. Onani yang dilakukan secara ekstrem akan memberikan tekanan berlebihan kepada alat kelamin yang boleh memberi kecederaan kepada saraf.


Kecederaan saraf akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar yang menjejaskan ereksi. Ada juga yang melaporkan mereka bukan sahaja sukar untuk mengekalkan ereksi, malah ada kalanya tidak dapat mencapai ereksi. Kajian ada menunjukkan bahawa mereka yang beronani bukan sahaja menjejaskan kualiti hubungan intim, tetapi juga lebih berisiko untuk mendapat mati pucuk.


Seharusnya anda menghentikan amalan onani dan mulakan amalan-amalan yang lebih sihat seperti dengan kawalan minda dan rangsangan seks yang lebih sihat. Jauhi rokok, pil ekstasi dan alkohol. Terdapat kajian yang menunjukkan L-Arginine boleh menggalakkan aliran darah dalam alat sulit lelaki serta dapat ditingkatkan untuk "tahan" lebih lama. Hasil penemuan Dr. Hazimi (Malaysia) pula, "MaVellous X" dapat memperbaiki fungsi erektil di kalangan lelaki.

Rabu, April 04, 2012

6 Step Paling Berkesan Untuk Kuruskan Badan

  • Tidakkah anda teringin untuk kelihatan cantik dan bergaya dengan potongan badan yang menarik? 
  • Malu menayangkan bentuk badan bila tiap kali bergambar dengan kawan-kawan? 
  • Anda jadi tidak yakin pada diri sendiri dan sering merasakan tidak ada seorang pun yang sudi mendampingi anda selain kawan yang rapat dengan anda?

Kini anda boleh tersenyum dan boleh ucap SELAMAT TINGGAL kepada berat badan yang berlebihan juga dikenali sebagai obes.

Berikut adalah tips kuruskan berat badan yang paling berkesan selain dari tips-tips yang ada dipasaran.

Tiada bayaran yang dikenakan tetapi memerlukan komitmen yang tinggi dari anda. Itupun jika anda benar-benar ingin kelihatan kurus dan menarik.

STEP 1.
Beli Penimbang Berat Badan (weight scales).
Tujuan:
Timbanglah berat anda setiap minggu dan pastikan berat anda turun sekurang-kurangnya 1kg setiap minggu. Rekod (tulis) di kalendar jumlah berat anda. Paling best timbanglah berat anda pada setiap hari Isnin selepas mandi pagi. Anda bertanggungjawab memantau berat badan anda dengan cara mengawal tabiat pemakanan anda.

STEP 2.
Dua (2) Liter Air Sehari (Air Kosong) - Beli botol air minuman berkapasiti dua (2) Liter.
Tujuan:
Jika anda rasa lapar minumlah air untuk hilangkan rasa lapar. Ia akan membantu anda untuk mencairkan benda pejal yang terdapat dalam tubuh badan anda. Jika mampu cuba minum 2 liter air sehari kerana ia akan membantu nyahkan toksin dari dalam tubuh badan disamping itu air juga akan mencantikkan struktur kulit anda dan menjadikan kulit anda kelihatan anjal.

STEP 3.
Kesihatan Emosi (Emotional Wellness) - kawal emosi
Tujuan:
Emosi memainkan peranan yang penting untuk mendorong anda lebih bersemangat atau sebaliknya. Cuba kawal tekanan perasaan (stress) sebaik mungkin. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Jika anda rasa kecewa dan tertekan jangan biar ia memakan diri sehingga anda gagal mengawal tabiat pemakanan. Tidak dinafikan semakin anda tertekan selera makan anda juga akan meningkat. Banyakkan berzikir dan mengingati Allah (untuk orang Islam) @ dengar musik sentimental yang menenangkan seperti musik Kitaro. Pastikan keperluan tidur anda cukup untuk membuatkan anda cergas keesokan harinya.

STEP 4.
Kawal Pemakanan (Control Diet)
Tujuan:
Penyebab utama seseorang menjadi gemuk @ obes kerana tabiat pemakanan yang tidak dikawal. Amalkan "makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang". Anda dinasihatkan untuk kerap makan dalam sehari TETAPI dalam kuantiti yang sedikit. Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Jangan biarkan perut anda kosong. Sekurang-kurangnya minumlah air untuk hilangkan rasa lapar.

STEP 5.
Makanan Tambahan Kesihatan (Health Supplements)
Tujuan:
Belilah vitamin dan mineral yang ada dijual di farmasi. Vitamin amat penting untuk badan kerana tidak semua makanan yang kita makan hari ini boleh menghasilkan zat & vitamin yang diperlukan oleh badan. Contohnya: Multivitamin, Vitamin C, Fish Oil, Glucosamine, Omega 3, Garlic Oil dan sebagainya. Di farmasi banyak zat galian dan vitamin didapati. Pastikan anda mendapat nasihat dari Doktor Farmasi sebelum mengguna produk kesihatan. Alternatif lain cubalah jenama yang popular yang kini ada di farmasi yang berdekatan.
STEP 6.
Bersenam
Tujuan:
Luangkan masa sekurang-kurangnya 30minit dan 2 kali seminggu untuk melakukan senaman. Kerana ianya boleh membantu anda untuk membakar kalori yang tidak diperlukan oleh badan anda. Jangan melakukan senaman yang agak keterlaluan tetapi memadailah berjalan kaki sebanyak 2 pusingan di sekeliling tasik, pantai atau taman perumahan yang ada dipersekitaran anda.

Penulis: Ardi Salasa

~ SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA ~