Khamis, November 15, 2012

8 Tips Untuk Kebahagiaan Rumahtangga


1. TIGA PERKATAAN AJAIB
Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai.
I Love You
Jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.


2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.


3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA 
Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebih memahami dan menghormati minat anda.


4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis entah ke mana, si dia pun entah ke mana.. Habis idea katakan..


5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.


6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.


7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.


8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan membuatkan kita lebih mengenali pasangan kita. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.


Selasa, Oktober 23, 2012

6 Step Cara Memikat Hati Wanita (Khas Buat Lelaki)

Mengejar cinta dari seorang wanita yang kita cintai bukan perkara yang mudah. Pelbagai taktik dan cara yang kita gunakan untuk menarik perhatian semata-mata ingin melafazkan kata cinta. Berikut adalah sedikit panduan ringkas & mudah. Selain dari itu pastikan anda benar-benar ikhlas memikat hati seorang wanita.


1. Jadilah Diri Sendiri
  • Jangan berpura macho & berlagak pandai
  • Wanita suka lelaki yang bersikap sederhana tetapi berpengetahuan luas
  • Melucah adalah perkara yang paling dibenci oleh kebanyakkan wanita
  • Wanita benci lelaki yang panas baran
  • Berbohong adalah kesilapan yang sukar dimaafkan

2. Berikan Perhatian
  • Bertanyakan khabarnya selalu
  • Tumpukan perhatian ketika dia berbicara
  • Jadi pendengar yang setia
  • PEMAAF & mudah meminta maaf jika melakukan kesilapan
  • Sentiasa ikhlas bila memberi pujian
  • Jangan kedekut. Bila berjumpa sekurang-kurangnya belanja dia makan atau minum
  • Wanita suka pada bunga walaupun murah harganya yang penting wanita inginkan keikhlasan hati seorang lelaki.
  • Gembirakan hatinya. Buatlah dia senyum dan ketawa bila disamping anda
  • Berikan si dia dorongan dan semangat dengan ucapan-ucapan yang bernas

3. Jangan Bandingkan Dia Dengan Sesiapa
  • Terima si dia seadanya
  • Ingat “no body‘s perfect”
  • Jangan terlalu menilainya
  • Jangan ungkit masa lampaunya. Past is past..

4. Tunjukkan Perasaan Anda
  • Jangan cemburu buta
  • Ucapkan selalu kata rindu (bukan perkataan sayang) pada si dia
  • Jangan terlalu mengongkong
  • Berikan perhatian anda padanya
  • Biarkan dia rasa selamat tiap kali berada di samping anda
  • Jangan mengambil "kesempatan" dalam "kesempitan"

5. Bijak Membaca Situasi
  • Sentiasa peka dengan perasaannya kerana wanita berjiwa sensitif dan mudah terluka
  • Jangan cuba memaksa jika si dia tak suka dengan sesuatu perkara
  • Sentiasa ada bila si dia memerlukan anda
  • Tepati masa tiap kali ada temujanji dengan si dia
 
6. Jangan Berjumpa Selalu.
  • Jangan kerap menghubungi si dia. Takut dia akan bosan dengan anda
  • Berikan si dia kebebasan masa
  • Detik paling manis membiarkan si dia merindui anda

Ditulis oleh: Ardi Salasa

Isnin, September 17, 2012

Bersetubuh Ibarat Membunuh Syaitan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau.. si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.


Isteri:
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan.

Kata si suami:
'Yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Suami: 'takpe...tunggulah malam'.

Esoknya si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang'
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba-tiba bengang dan berkata:

'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'