Khamis, Disember 20, 2012

AWAS: Cara Lelaki Menggoda Wanita Untuk Melakukan Seks (Kenalan Baru)

Kepada lelaki semua, please jangan marah saya. Artikel ini sekadar ingin menyedarkan kaum wanita. Yang mana diantara meraka adalah KELUARGA dan SAUDARA PEREMPUAN KITA.


PERTAMA:
Lelaki akan meminta nombor telefon, email atau YM anda untuk berkenalan. Selalunya dalam rangkaian sosial seperti FB, Twitter, Skype, Tagged dan yang seumpamanya. Tak kurang juga mereka adalah rakan yang baru kita kenal samada melalui kenalan kawan, sepejabat atau sekuliah (mungkin ini perkara biasa zaman sekarang)

KE DUA:
Akan cuba rapat dan mesra dengan anda dalam rangkaian sosial, dalam telefon atau dalam YM sehingga anda mempercayainya.

KE TIGA:
Mengajak anda untuk berjumpa. Untuk 3 kali pertama pertemuan.. dia akan bersikap sopan dan menjaga tingkah laku untuk memastikan agar anda percaya kepada dia untuk pertemuan seterusnya. Ada juga lelaki dari awal pertemuan dah tunjuk belang dan tak kurang juga ada yang akan berikan anda hadiah seperti teddy bear, coklat atau bunga semata-mata ingin mengambil hati anda. Berhati-hati!

KE EMPAT:
Menduga dengan cara ber"notty-notty" sedikit dengan anda samada ada dalam telefon atau semasa pertemuan. Jika anda melayan... bermakna anda memberi peluang kepada lelaki tersebut untuk langkah seterusnya.

KE LIMA:
Pertemuan seterusnya lelaki akan cuba untuk berjinak-jinak dengan anda dan mengajak anda berpegang tangan. (Sesetengah wanita menganggap ini adalah perkara biasa)


KE ENAM:
Mereka akan meminta izin kepada anda untuk melakukan perkara yang lebih seperti meraba-raba atau berkucupan. Jika anda melayan permintaan mereka, bermakna anda sudah "terperangkap".


KE TUJUH:
Cuba memikat hati anda dan berjanji bagai... Sehingga mereka benar-benar pasti yang anda sudah "menyerah" dan "percaya" dengan lelaki tersebut. Pada masa ini, lelaki cuma mempunyai satu langkah sahaja lagi iaitu merampas "MAHKOTA" anda.


KE LAPAN:
Saat lelaki mencari helah dan cuba berjauhan dan meninggalkan anda dengan memberi berbagai-bagai alasan. Kononnya sibuk la.. ada hal la.. dan macam-macam lagi la...

Seterusnya...
  • TERMENGANDUNG... LAGI PARAH!!!
  • LAHIRNYA ANAK LUAR NIKAH
  • HILANG MARUAH DAN HILANG SEGALA NIKMAT DUNIA YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA.
  • PENYESALAN YANG TIDAK BERGUNA.

SEMOGA BERMANFAAT.

Ditulis oleh:
Ardi Salasa (3.15pm - 20/12/2012 )

Selasa, Disember 11, 2012

3 Skil Seks Yang Wajib Suami Tahu

Jika anda tidak mahu alami perasaan kecewa atau bakal mengecewakan isteri anda di ranjang, anda perlu mahir tiga skil seks ini:


Skil seks pertama: MAMPU BERTAHAN
Berupaya untuk "tahan lama" ketika beraksi. Hubungan seks adalah satu perjalanan nikmat. Jika anda tidak berupaya untuk tahan lama di ranjang, nikmat yang anda bakal peroleh adalah kurang. Lagipun, anda akan lebih gembira jika anda berjaya memuaskan isteri anda.


Tips untuk Lelaki:
Anda perlu belajar dan amalkan perkara yang perlu seperti menjaga stamina dan mengamal gaya pemakanan yang sihat untuk memiliki prestasi seks yang bagus. JANGAN MELANCAP & JANGAN CURANG ("main" dengan perempuan lain selain Isteri) kerana dikhuatiri akan menurunkan rasa ghairah anda terhadap isteri anda.

Tips untuk Perempuan:
Anda perlu nasihatkan suami anda jika prestasi mereka tidak bagus. Lebih baik berterus-terang dari anda memendam rasa dan biarkan suami anda syok sendiri.


Skil seks kedua: FOREPLAY
Tahu bagaimana hendak melakukan permainan foreplay. Foreplay penting untuk memanaskan anda dari segi emosi dan fizikal sebelum melakukan hubungan seks.


Ada perempuan tidak menikmati klimaks (orgasm) ketika melakukan hubungan seks dengan suaminya kerana tidak cukup "panas" dari segi emosi dan belum cukup bersedia untuk melakukan hubungan seks.


Demi memperoleh nikmat yang luar biasa ketika melakukan hubungan seks.. anda perlu ada skil seks ini.


Skil seks ketiga: POSISI SEKS
Skil seks ketiga yang perlu anda ada adalah tahu mengenai posisi seks.


Anda perlu tahu posisi yang di gemari isteri anda dan bagaimana setiap posisi itu boleh merangsang isteri anda. Anda boleh belajar mengenai posisi ini melalui bacaan dan ketika adakan hubungan seks yang sebenar.


Bila anda dapat kuasai tiga skil seks ini, anda akan dapat beri klimaks (orgasm) yang hebat kepada isteri anda.

Sabtu, Disember 08, 2012

20 Tips Cara Mengawal Nafsu & Mengelak Maksiat

Berikut adalah tips yang amat berguna terutama bagi mereka yang belum menjejak alam perkahwinan lagi. Ingatlah Jihad yang paling utama adalah MELAWAN NAFSU. Berikut adalah tipsnya...


1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.


7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.


11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
 

13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.

15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.

16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-
 وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ 
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )


17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ibarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

20. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.
 وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ 
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa (Al-Imran)

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu.

KESIMPULAN:
Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati.

Akhirnya Allah berfirman :-
 قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا 
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Sekian Zaharuddin Abd Rahman
(www.zaharuddin.net)
29 Julai 2009