Sabtu, November 24, 2012

3 Posisi Seks Yang Berkesan Membantu Membakar Kalori Dalam Badan

Bukan lagi rahsia kalau aktiviti seks boleh membakar kalori. Tak hanya itu, seks juga boleh berfungsi sebagai alternatif pengganti sukan (yang menyenangkan tentunya) bagi pasangan suami-isteri. “Hampir semua otot seperti pada kaki, peha, tangan, bahu dan perut bahagian bawah berfungsi semasa aktiviti seksual. Durasinya tentu saja tak selama sukan biasa. Tapi dengan teknik dan kedudukan tertentu, pasangan boleh mendapatkan manfaat yang sama dengan sukan,” ujar Dr. Basheer Ahmad Roy, pakar seks di Bangalore, India.


Beberapa posisi seks tertentu memang boleh memberi manfaat seperti sukan, membantu menurunkan berat badan serta melangsingkan tubuh. Seksolog Dr. Shivi Jaggi menjelaskan bahawa ada posisi seks yang memerlukan pasangan mengeluarkan tenaga tambahan, gerakan yang mendedah dan tempoh lebih lama. Posisi seks apa saja yang paling berkesan menurunkan berat badan?

Ini jawapannya, seperti dipetik dari Times of India. 

1. Wanita Di Atas


Posisi ini memerlukan lelaki dan wanita sama-sama aktif semasa hubungan intim. Wanita banyak menggunakan otot tangan dan lengan, sementara lelaki harus memegang tubuh sang wanita untuk menjaga keseimbangan berat tubuhnya.


“Dengan kedudukan wanita di atas, lelaki yang lebih banyak mendapat manfaat sukan kerana dia banyak menggunakan otot bicep untuk menjaga agar berat tubuh pasangannya tetap seimbang,” terang Dr. Shivi. Bagi pasangan wanita, akan merasakan manfaat sukan jika prestasinya lebih lama. Saat posisi woman on top, wanita dapat menegangkan otot bicep, tricep, lengan dan dada.

2. Posisi Duduk Mengadap Sesama (Sitting Missionary)


Sitting missionary merupakan posisi seks di mana pasangan duduk saling berhadapan baik itu di sofa, katil atau lantai. Posisi seks ini boleh melenturkan jari-jari kaki yang membantu menegangkan betis. Posisi ini memerlukan pasangan menjaga tubuh mereka tetap stabil dan kuat, yang automatik memerlukan banyak tenaga dan tenaga sehingga kalori yang terbakar pun lebih banyak.


Dr. Pushkar Gupta, seorang terapis seks menjelaskan, “Sitting missionary melibatkan lebih banyak aktiviti fizikal jika dibandingkan dengan misionaris biasa. Pasangan duduk saling berhadapan, dengan kaki wanita melingkari pinggul lelaki. Posisi ini banyak menggunakan otot punggung.”


Untuk mendapatkan kedudukan yang betul, anda harus fokus pada otot tulang belakang, paha dan punggung bahagian bawah. Tapi perlu berhati-hati jika anda atau pasangan punya masalah pada punggung. Gerakan yang terlalu mendedah boleh menyebabkan sakit dan lenguh.

3. Berdiri dan Merapat ke Dinding


Posisi berdiri dan merapat ke dinding merupakan cara yang berkesan membakar kalori, sekaligus menyenangkan. Posisi berdiri tidak hanya membuat sesi bercinta semakin nikmat tapi juga membuat tubuh anda bersenam.


Dengan posisi ini, kawasan peha hingga lutut dan punggung bahagian bawah akan terlatih. Sementara tubuh lelaki bergerak maju-mundur, tubuh wanita akan menggunakan punggungnya untuk menyeimbangkan kedudukan.


Perkara itu membuat masing-masing pasangan bekerja lebih keras untuk mencapai orgasme. “Bercinta dengan posisi berdiri biasanya diperuntukkan bagi pasangan dengan kestabilan tubuh yang bagus. Anda dan pasangan harus punya stamina yang baik agar boleh bertahan dengan kedudukan tersebut dalam tempoh yang lama,” jelas Dr. Gupta.

Khamis, November 15, 2012

8 Tips Untuk Kebahagiaan Rumahtangga


1. TIGA PERKATAAN AJAIB
Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai.
I Love You
Jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.


2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.


3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA 
Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebih memahami dan menghormati minat anda.


4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis entah ke mana, si dia pun entah ke mana.. Habis idea katakan..


5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.


6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.


7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.


8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan membuatkan kita lebih mengenali pasangan kita. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.


Selasa, Oktober 23, 2012

6 Step Cara Memikat Hati Wanita (Khas Buat Lelaki)

Mengejar cinta dari seorang wanita yang kita cintai bukan perkara yang mudah. Pelbagai taktik dan cara yang kita gunakan untuk menarik perhatian semata-mata ingin melafazkan kata cinta. Berikut adalah sedikit panduan ringkas & mudah. Selain dari itu pastikan anda benar-benar ikhlas memikat hati seorang wanita.


1. Jadilah Diri Sendiri
  • Jangan berpura macho & berlagak pandai
  • Wanita suka lelaki yang bersikap sederhana tetapi berpengetahuan luas
  • Melucah adalah perkara yang paling dibenci oleh kebanyakkan wanita
  • Wanita benci lelaki yang panas baran
  • Berbohong adalah kesilapan yang sukar dimaafkan

2. Berikan Perhatian
  • Bertanyakan khabarnya selalu
  • Tumpukan perhatian ketika dia berbicara
  • Jadi pendengar yang setia
  • PEMAAF & mudah meminta maaf jika melakukan kesilapan
  • Sentiasa ikhlas bila memberi pujian
  • Jangan kedekut. Bila berjumpa sekurang-kurangnya belanja dia makan atau minum
  • Wanita suka pada bunga walaupun murah harganya yang penting wanita inginkan keikhlasan hati seorang lelaki.
  • Gembirakan hatinya. Buatlah dia senyum dan ketawa bila disamping anda
  • Berikan si dia dorongan dan semangat dengan ucapan-ucapan yang bernas

3. Jangan Bandingkan Dia Dengan Sesiapa
  • Terima si dia seadanya
  • Ingat “no body‘s perfect”
  • Jangan terlalu menilainya
  • Jangan ungkit masa lampaunya. Past is past..

4. Tunjukkan Perasaan Anda
  • Jangan cemburu buta
  • Ucapkan selalu kata rindu (bukan perkataan sayang) pada si dia
  • Jangan terlalu mengongkong
  • Berikan perhatian anda padanya
  • Biarkan dia rasa selamat tiap kali berada di samping anda
  • Jangan mengambil "kesempatan" dalam "kesempitan"

5. Bijak Membaca Situasi
  • Sentiasa peka dengan perasaannya kerana wanita berjiwa sensitif dan mudah terluka
  • Jangan cuba memaksa jika si dia tak suka dengan sesuatu perkara
  • Sentiasa ada bila si dia memerlukan anda
  • Tepati masa tiap kali ada temujanji dengan si dia
 
6. Jangan Berjumpa Selalu.
  • Jangan kerap menghubungi si dia. Takut dia akan bosan dengan anda
  • Berikan si dia kebebasan masa
  • Detik paling manis membiarkan si dia merindui anda

Ditulis oleh: Ardi Salasa