Jumaat, Mac 01, 2013

BASUH KEMALUAN DENGAN CARA YANG BETUL

“Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana mengumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abi Qatadah ra daripada Nabi SAW bersabda :

“Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dengan tangan kanannya dan jangan ia beristinjak dengan tangan kanannya.” (Riwayat Al-Bukhari)


Untuk kaum lelaki ;
  • Apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
  • Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula ;
  • Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
  • Janganlah dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Selasa, Februari 19, 2013

PEMAKAIAN TATU


Walaupun bukan semua wanita menjadikan tatu sebagai perlambangan seks, sebahagian besar merasakan ia lebih kepada perkara terbabit. Ikuti pengakuan eksklusif wanita bertatu tersebut.

“Ada pelanggan ‘menjilat’ tatu rama-rama di belakang badan saya kerana tidak dapat menahan nafsu ketika di ranjang. Malah, ramai beranggapan wanita bertatu adalah seksi dan berimaginasi tinggi ketika melakukan hubungan seks.

Sebagai pekerja pusat urut, bukan saya saja yang cacah lukisan di badan, malah rakan sekerja lain berbuat demikian bagi menarik perhatian lelaki.

Ada yang melukis tatu di badan, atas pinggul dan dada demi menarik perhatian ramai. Siapa tidak ghairah melihat tatu di dada perempuan, lebih-lebih lagi lelaki hidung belang.

Tidak kurang juga lelaki menganggap wanita bertatu mempunyai imaginasi tinggi berkaitan seks dan mampu meningkatkan nafsu pasangannya di ranjang. Malah, ada pula yang menyangka wanita bertatu mampu memberi khidmat seks ‘ganas’.

Begitupun, bagi pemakai tatu ia membawa makna berbeza. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Saya mendapatkan lukisan tatu ini pada hari lahir ke-21 sebagai lambang kebebasan melangkah alam remaja.
Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang dipenuhi dengan tatu corak lukisan di badan.

Kebanyakan yang menjadi pilihan adalah lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu, kupu-kupu atau rama-rama merah. Lambang ini sangat popular di kalangan peminat tatu. Jika dipakai di dada atau atas pinggul, personaliti mereka lebih ketara dan kelihatan seksi serta membangkitkan nafsu sesiapa yang memandang.”

NOTA: HARAM BERTATU BAGI ORANG ISLAM

Rabu, Februari 13, 2013

Golongan Yang Mempunyai Dua Kemaluan


Secara fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

Dari segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.

Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.

NOTA KAKI: Paparan gambar di atas ialah bukan bertujuan untuk memaparkan gambar lucah tetapi sebagai pengetahuan kepada semua yang tidak mengetahui bagaimanakah kemaluan khunsa. Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi. Larangan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk melihat gambar di atas.