Isnin, September 17, 2012

Bersetubuh Ibarat Membunuh Syaitan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau.. si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.


Isteri:
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan.

Kata si suami:
'Yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Suami: 'takpe...tunggulah malam'.

Esoknya si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang'
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba-tiba bengang dan berkata:

'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'