Rabu, Februari 01, 2012

Proses Kedewasaan Wanita

Peringkat hidup antara kanak-kanak sehingga akhil baligh dinamakan kedewasaan. Di dalam proses kedewasaan, sesuatu perkara yang penting di dalam kehidupan seseorang gadis yang akil baligh ialah bila datangnya haid. Biasanya proses ini akan berlaku di antara 10-16 tahun. Jangka waktu kedatangan haid atau menstruasi dinamakan haid pertama atau "menarche". Haid pertama, merupakan satu perubahan rentetan yang menjadikan seorang gadis sunti kepada seorang wanita muda.
Perubahan-perubahan ini disebabkan satu siri interaksi antara beberapa kelenjar di dalam anggota tubuh badan. Kelenjar kawalan, satu bahagian penting di dalam otak yang dinamakan "hypothalamus" bekerja dengan kilang "pituitary" untuk mengawal aktiviti-aktiviti atau kegiatan-kegiatan rentetan.

"Hypothalamus" mula mengeluarkan sejenis bahan tertentu yang dinamakan "releasing factor" lebih kurang empat tahun sebelum haid pertama. "Releasing factor" ini akan mengalir ke dalam pembuluh-pembuluh darah yang menyambung "hypothalamus" kepada kilang "pituitary" di mana proses ini menyebabkan perlepasan beberapa bahan kimia yang dinamakan "hormone". Salah satu dari hormon-hormon ini ialan hormon pertumbuhan yang mana menyebabkan semburan yang kian berkembang diikuti dengan terjadinya haid pertama.
Seseorang gadis sunti akan mula merasai pertumbuhan pada dirinya empat tahun sebelum kedatangan haid pertama dan kadar pertumbuhan itu lebih tinggi di dalam dua tahun pertama. Kemudian kadar ini akan menurun dengan perlahan sebaik sahaja proses "menarche" atau kedatangan haid pertama bermula. Dua hormon lain yang dihasilkan oleh kilang "pituitary" merupakan hormon penting bagi proses kewanitaan kerana hormon-hormon penting ini bertindak ke atas sel-sel telur di dalam ovari.
Ketika proses kelahiran, cecair akan didapati di dalam banyak sel-sel telur yang mana ia dinamakan "egg follicles". Hormon pertama yang bertindak ke atas sel-sel telur dinamakan "follicle stimulating hormone (FSH)". Ia akan meransang perkembangan dan pertumbuhan beberapa follicle. Pada peringkat permulaan, hanya beberapa follicle sahaja yang berkembang. Dan ketika ini sel-sel yang ada di sekelilingnya akan menghasilkan hormon-hormon yang dinamakan "oestrogen". Hormon ini akan menyebabkan seseorang kanak-kanak perempuan berubah menjadi seorang gadis.
Follicle yang telah dirangsangkan mengeluarkan oestrogen lebih kurang sebulan dan kemudian musnah. Tetapi di dalam jangka waktu ini, lain-lain "egg follicle" telah pun dirangsangkan dan giliran mereka pula mengeluarkan oestrogen. Dari masa ke semasa, banyak follicle akan dirangsangkan setiap bulan (terus menerus) antara 12-20 yang telah dirangsangkan, supaya terdapat pertumbuhan yang selaras di dalam jumlah oestrogen yang dikeluarkan oleh ovari-ovari. Oestrogen mempunyai banyak kesan. Ia merangsang pertumbuhan dan perkembangan buah dada dan bahagian-bahagian di bawah puting buah dada supaya membesar.
Ia juga merangsang pertumbuhan "oviduct" rahim dan faraj. Di dalam faraj, ia bertindak menebalkan dinding faraj yang menyebabkan peningkatan kelembapan faraj. Ia juga menyebabkan lapisan lemak di pangkal paha. Oestrogen juga megurangkan daya perkembangan semburan yang telah bermula dari pertumbuhan hormon-hormon "pituitary" supaya gadis-gadis yang akil baligh tidak menjadi terlalu tinggi seperti lelaki yang telah matang dan akil baligh.

Jumlah oestrogen di dalam edaran atau pusingan akan meningkat dengan cepat dan proses kedatangan haid pertama semakin hampir. Paras peningkatan oestrogen merangsang pertumbuhan dinding rahim (endometrium), tetapi di dalam waktu yang sama bertindak-balas mengurangkan kuantiti FSH (Follicle Stimulating Hormone) yang dikeluarkan oleh kilang "pituitary". Sebaik sahaja paras FSH mula menurun, perkembangan dan pertumbuhan follicle di dalam ovari-ovari dan penghasilan oestrogen akan berkurangan.
Pembuluh-pembuluh darah yang membekalkan dinding rahim menjadi pecah, pendarahan terjadi di dalam rahim. Endometrium menjadi luruh. Darah dan sel-sel "endometrial" berkumpul di dalam rahim dan kemudian mengalir ke dalam leher rahim menuju ke dalam faraj. Menstruasi atau haid telah bermula - proses haid pertama.
 --------------------
Ardi Salasa: kalau sudi kasi komen di setiap artikel.. baru semangat nak kumpul artikel yang best2.. komen takde buat saya lemah semangat arrr.. adoiyai!! :(