Sabtu, Januari 14, 2012

Tubuh Perlukan Zat Dan Vitamin

Badan lemah dan lesu sering kali menjadi gangguan kepada individu untuk menjalani aktiviti seharian termasuk bekerja dan menguruskan rumah tangga. Banyak faktor yang menyumbang kepada scenario ini termasuk kekurangan vitamin dan mineral dalam badan, kurang bersenam dan kurang rehat serta tidur yang cukup.


Vitamin, misalnya adalah antara zat yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Bagi orang dewasa keperluan vitamin dan mineral ini adalah bagi menjamin tubuh badan sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan mineral justeru itu dan ia diperoleh daripada makanan yang diambil.

Untuk memperoleh vitamin, seseorang itu dinasihatkan memakan pelbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur- sayuran dan bijirin. Antara vitamin yang diperlukan badan adalah, vitamin A, B, B1, B2,, B5, B6, B9, B12, C, D, E, K dan PP.


Mengikut akademi sains Amerika Syarikat, ada pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan dan mengesyorkan pengambilan vitamin dan zat makanan di buat mengikut cadangan keperluan pengambilan Harian atau di kenali sebagai Recommended Dietary Allowance (RDA). 


Melalui RDA itu keperluan harian yang disyorkan akan ditentukan mengikut kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral olen badan. RDA menetapkan Kadar yang berlainan mengikut USIA dan JANTINA. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperoleh daripada makanan yang seimbang. 


Pengambilan vitamin bergantung kepada keadaan. Pertama sekali, anda hendaklah merujuk kepada doktor bagi membuat pemeriksaan untuk menentukan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya diambil. Ada beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan iaitu bila mana seseorang itu mengandung atau menyusukan bayi. 


Mengikut jurnal kesihatan, ramai menganggap pengambilan vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik. Namun, hakikatnya pengambilan apa saja zat secara berlebihan boleh membawa kesan yang memudaratkan, begitu juga dengan vitamin dan mineral. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu boleh merosakkan sistem badan. 


Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil vitamin dan mineral mengikut sukatan yang disyorkan dan rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral. Biasanya doktor anda akan menentukan tahap kesihatan anda dengan nilai vitamin dan mineral yang diperlukan. 

Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita. Lihatlah dalam akhbar iklan yang banyak menyiarkan produk vitamin yang dijual di farmasi dan rujuklah kepada doktor bagi mengelakkan tersalah ambil vitamin.

Isnin, Januari 09, 2012

Kebaikan Ketawa Untuk Kesihatan

Korang mesti pernah dengar istilah ‘laughter is the best medicine’ kan? laughter atau ketawa merupakan satu bentuk senaman yang sangat mudah untuk dilakukan. Selain memberi faedah kepada badan, dengan ketawa manusia akan hidup dengan lebih ceria.

Kali ini saya akan kongsi, beberapa kebaikan ketawa untuk kesihatan. Amaran awal yang boleh saya bagi, jangan lepas baca entry ini, asyik ketawa je memanjang. Nanti orang kata tak siuman pula, jom kita tengok apakah kebaikan ketawa untuk kesihatan.

1) KETAWA meningkatkan sistem imunisasi.
Dengan ketawa, hormon stress akan dikurangkan dan sebaliknya sel imunisasi akan dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh untuk menangkis segala penyakit dalam badan.

2) KETAWA meningkatkan hormon endorphine.
Endorphine adalah hormon yang sangat berguna untuk badan dan fungsinya adalah memberi kesegaran kepada badan. Terasa ‘happy’ memanjang, hormon ini sangat banyak dirembeskan ketika ketawa.

3) KETAWA melindungi jantung.
Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya, penyakit berkaitan jantung akan terhindar dengan sendirinya.

Jangan rasa tertekan dengan ketawa. Tak perlu nak cover. Lepaskan je kalau terasa lucu.. ehehe

SELAMAT BERGELAK KETAWA


Video berikut mungkin akan buat anda ketawa...
(Batsu Game Show dari Jepun yang mana setiap peserta tidak dibenarkan ketawa. Jika ketawa akan didenda.)