Sabtu, September 03, 2011

Tips Untuk Berhenti Onani | Melancap | Masturbasi

Onani | Melancap | Masturbasi adalah perbuatan yang bertujuan untuk merangsang anggota sulit si pelaku sehingga datang inzal atau nikmat. Ia adalah perbuatan tidak bermoral dan hanya memberi kesan yang buruk pada si pelaku. Artikel ini secara logik dan ilmiah akan membincangkan teknik – teknik untuk mencegah anda dari berterusan ketagih pada perbuatan ini.


Antara kesan – kesan buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap adalah:
  1. Cepat marah.
  2. Tidak ada keyakinan diri.
  3. Tidak tegas dan kurang fokus apabila melakukan sesuatu.
  4. Di sebabkan setiap kali anda sering mengaku kalah pada tuntutan nafsu, dalam dunia sebenar, anda akan jadi seorang yang mudah mengaku kalah.
  5. Sentiasa sakit – sakit badan.
  6. Hidup dalam angan – angan.
  7. Jauh dari Allah kerana sentiasa mendengar hasutan syaitan.
  8. Tidak ada kemajuan dalam hidup kerana khayal dalam dunia sendiri.
  9. Sentiasa menyendiri dari orang ramai.
  10. Lemah dari segi mental dan fizikal.
  11. Dan lain – lain lagi.
Kesan ketagih akibat melancap ini sungguh teruk dan ia menjadikan anda seorang lemah dalam masyarakat walaupun anda tidak mengambil dadah. Ini kerana ia menjadikan anda seorang manusia yang tidak berproduktif sama seperti penagih dadah.


Punca ketagihan Melancap

Puncanya hanya satu iaitu tidak mampu melawan gelora seks di dalam jiwa atau tidak mampu mengawal nafsu seks. Semua manusia pasti ada keinginan untuk melakukan hubungan seks. Namun, ia perlulah di lakukan dalam keadaan yang normal. Jika anda ketagih melancap, anda sebenarnya bukan tidak mampu mengawal nafsu, tetapi anda memilih untuk mengikut nafsu. Anda mengutamakan nafsu anda sendiri dari perkara penting yang lain.

Anda perlu kawal dan lakukan hubungan seks secara normal iaitu melakukannya dengan pasangan yang anda kahwini. Sebab itu di dalam islam itu sendiri, jika anda mempunyai keinginan seks dan anda rasa anda tidak mampu mengawalnya, anda perlu berkahwin. Jika tidak mampu berkahwin, anda perlu berpuasa untuk mengekang diri dari terpengaruh pada nafsu seks. Jika anda melancap, ia membawa kepada keburukan. Jika anda melakukan seks ketika berkahwin, anda akan bahagia.

Berikut adalah tips-tips untuk berhenti onani | melancap | masturbasi

Tip pertama : Berpuasa

Kita tahu ubat paling mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah dengan berkahwin. Namun, bagi anda yang tidak mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik. Puasa bukanlah menahan lapar dan minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu. Ia boleh di lakukan pada bila – bila masa yang anda mahu. Kalau boleh pada setiap masa.

Apabila berpuasa, kita ada kuasa untuk memilih. Di sebabkan anda sering mengikut dan memilih nafsu sebagai teman, nafsu akan sentiasa menguasai diri anda. Apabila berpuasa, nafsu akan jadi lemah dan barulah anda ada kesedaran untuk memilih.

Puasa di siang hari iaitu di lakukan ketika bulan ramadhan adalah latihan yang Allah tetapkan untuk kita menahan nafsu dan wajib untuk kita buat setiap kali bulan ramadhan menjelma.puasa melancap

Orang yang benar – benar berpuasa di bulan Ramadhan akan menghiasi dirinya dengan ibadah – ibadah yang banyak untuk memberi lebih penghayatan pada agama Islam dan mengakui tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Jika anda berpuasa untuk raya, samalah juga anda ingkar pada perintah Allah untuk berpuasa keranaNya.

Ketika di bulan Ramadhan, anda perlu berpuasa dengan menidakkan nafsu anda. Biarkan nafsu anda menjadi lemah. Ketika hendak berbuka, makan sedikit sahaja. Begitu juga ketika sahur, makan sekadar mengisi perut sahaja. Banyakkan beribadah sunat seperti terawih, baca Al-Quran, zikir dan lain – lain yang anda selesa.


Apabila anda benar-benar fokus berpuasa pada bulan Ramadhan, anda pasti ada kekuatan untuk melawan segala godaan untuk sebelas bulan kemudian iaitu medan sebenar untuk menguji keupayaan anda menahan nafsu.

Puasa yang sebenar adalah keupayaan kita untuk menahan nafsu pada setiap masa iaitu 24 jam siang dan malam. Puasa adalah jihad yang agung iaitu melawan diri sendiri. Jadi, setiap kali anda rasa terangsang, anda katakan pada diri anda, anda tidak akan melancap. Anda sabar dan berdoa pada Allah untuk hilangkan rasa tersebut.

Allah memberi manusia akal untuk berfikir yang mana jahat dan yang mana baik. Apabila terangsang, katakan tidak dan menahan. Seperti biasa, apabila anda katakana taknak, nafsu akan memujuk anda dengan memberi godaan yang paling hebat. Fikiran anda akan di penuhi dengan keinginan untuk memuaskan nafsu.

Apabila sampai ke tahap ini, anda hentikan rangsangan tersebut. Jika rangsangan tersebut datang dari komputer, tutup komputer. Anda berdiri dan berjalan mundar mandir, anda istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain. Jika anda dapati nafsu anda masih kuat menggoda anda, anda lemahkan dia dengan berpuasa dari makan dan minum pada siang hari iaitu puasa sunat dan banyakkan ibadah sehingga anda boleh kawal fikiran anda dari di kuasai nafsu.

Katakan tidak pada aktiviti melancap. Berusaha untuk melawan dengan sepenuh hati melalui aktiviti berpuasa. Nabi Muhammad sentiasa berpuasa siang dan malam. Baginda berpupaya menahan nafsu. Baginda juga seorang yang tenang. Nafsu sangat susah untuk dilawan. Ingat Allah, ingat Muhammad, anda pasti berjaya.

Tip kedua : Senaman

Selalunya mereka yang kuat beronani atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka. Aktifkan diri anda dengan bersukan. Adakah anda seorang yang gemuk? Kuruskan diri anda dengan bersukan. Tiada apa yang hendak di malukan jika kita lakukan sesuatu itu untuk diri kita sendiri.

Apabila anda kerap bersukan dan senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara. Minda yang cergas boleh membantu anda untuk menilai yang baik dan yang mana buruk.

Di gabungkan dengan tip berpuasa, aktiviti senaman boleh membantu anda untuk lebih bersedia dan kuat apabila di serang nafsu seks. Melalui senaman juga anda akan jadi lebih ceria dan tenang mengharungi kehidupan.Senaman akan meletihkan anda dan anda tidak akan berminat untuk beronani.

Tip ketiga : Seks bukan segala – galanya

Kebanyakan mereka yang ketagih melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas. Namun, apabila mereka sudah datang inzal, nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula sedar yang apa yang anda lakukan itu adalah salah. Ketika itulah anda akan rasa menyesal.

Namun, anda perlu fikir kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan seronok untuk di lakukan. Setiap kali anda ingin beronani, anda fikir bahawa seks bukan kepentingan aku. Di tambah dengan dua tip di atas, anda akan lebih kuat lagi untuk melawan nafsu.

Pindahkan tenaga yang datang dari nafsu ke arah impian anda. Cuba kenal pasti impian anda. Setiap kali anda di rangsang nafsu, anda lawan dengan berkata:

“Seks bukan keutamaan aku, aku ada impian untuk di kejar.”

Selepas sahaja habis berkata – kata, anda terus lakukan apa yang perlu untuk mengejar impian anda.

Tip keempat : Jangan fikir seks sebelum tidur

Apa yang kita fikir sebelum tidur adalah perkara yang paling kita mahu di dalam hidup kita. Anda perlu ubah diri anda dari bahagian yang paling dalam sekali. Orang yang memuji dan terkenang – kenang sifat Allah sebelum tidur, adalah orang – orang yang beriman.tidur melancap

Anda bebas fikirkan apa yang anda suka melainkan perkara yang melibatkan seks. Sebelum tidur, nafsu akan jadi kuat. Ia akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan fikiran anda. Jadi, anda perlu tegas.

Fikiran sebelum tidur adalah kuasa minda yang kuat. Jika anda fikirkan seks sebelum tidur, minda anda akan sentiasa ke arah seks pada setiap masa. Jika anda fikirkan kekayaan, minda anda akan mengajar anda untuk berusaha ke arah kekayaan.

Sebelum tidur, pastikan anda kawal fikiran anda. Jika anda masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain. Dengan menggabungkan ke-empat teknik termasuk tiga tip sebelum ini, anda mampu melawan nafsu. Tumpaskan nafsu dari semua sudut termasuk dari bahagian paling dalam.

Tip kelima : Jadikan hidup anda ringkas.

Mengikut kajian, mereka yang selalu melancap ini sebenarnya terlalu tertekan dengan kehidupan mereka. Mereka terasa terbeban dan nafsu pula bijak mengambil alih fikiran mereka dan mengatakan onani akan mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

Sekarang, anda tenang dan cuba anda senaraikan di atas kertas kenapa anda tertekan. Senaraikan satu persatu, jujur pada diri anda. Jika anda tidak tahu kenapa anda tertekan, anda tulis apa yang anda hendak jadi.

Jadikan hidup anda ringkas, buang segala tekanan. Jika anda tidak tahan dengar ibu anda berleter, anda hanya perlu fikir ringkas. Ibu anda berleter, bukannya memukul anda. Anda dengar sahaja dan fikir secara logik. Gembirakan hidup anda dan keluar dari kepompong tekanan yang sebenarnya tiada.

Dunia yang anda sangka penuh dengan tekanan adalah ciptaan nafsu anda semata – mata. Di tambah lagi dengan hasutan syaitan, anda sering akan khayal dalam dunia tekanan yang tidak wujud.

Semua manusia ada tekanan hidup masing – masing. Namun, sebagai manusia yang di kurniakan akal fikiran, anda perlulah bijak menggunakan akal yang di beri oleh Allah. Tugas akal adalah berfikir. Apabila anda tekanan atau masalah, anda jangan tertekan sebaliknya tenang untuk hadapinya.

Apabila anda di serang perasaan marah, perasaan serabut dan perasaan ingin merangsang nafsu dengan cara yang salah, anda tenang dan ambil air wuduk untuk memadamkan api yang di nyalakan syaitan dan nafsu. Anda perlu tenang kerana Allah memang sentiasa ada untuk anda.

Tip keenam : Beranikan diri

Apabila anda ingin melepaskan diri dari kancah nafsu yang tidak sihat, nafsu akan mula menakutkan anda. Anda perlu berani dan jangan ragu – ragu dengan tindakan anda. Percayalah, apabila anda hendak berpuasa iaitu tip pertama, anda pasti akan di goda oleh nafsu untuk makan atau melakukan sesuatu yang boleh menaikkan nafsu.mastrubasi

Antara teknik godaanya adalah:
  • Cuba mewujudkan perasaan rugi dalam diri anda untuk tidak makan.
  • Cuba kelirukan diri anda dengan perasaan lapar. Sedangkan kalau anda tidak makan pun, anda tidak akan mati. Ia menakutkan anda dengan perasaan lapar.
  • Syaitan akan menaikkan nafsu dengan hasutan yang teratur terangsang dengan wanita. Padahal sebelum ini anda tidak pernah terangsang dengan wanita tersebut tetapi pada hari ini, anda rasa teringin. Jangan terpengaruh, beranikan diri menahan nafsu.
  • Dan bermacam – macam teknik godaan lagi.
Beranikan diri dan terus bertahan.


Tip ketujuh : Tetapkan matlamat.

Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama – lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut. Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya. Memang kadang – kadang kita alpa. Walaupun anda berjaya berhenti untuk 2 hingga 3 bulan, gangguan pasti akan datang juga.

Apabila gangguan datang. Anda kekal dengan rancangan anda untuk berhenti melancap. Apabila anda kembali melancap, ada satu api pada nafsu anda akan wujud. Api akan berterusan menyalakan nafsu seks anda. Jika anda terlanjur, cepat – cepat bertindak untuk hapuskan api tersebut. Saya cadangkan anda berpuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan