Isnin, November 21, 2011

Petua Yang Wajib Lelaki Tahu

Perhatian!!
Petua ini adalah untuk orang yang sudah berkahwin
(dengan cara yang sah sahaja!)
18SX

Saya ada menerima beberapa petua yang agak 18SX dari kawan saya melalui email. Pada mulanya saya agak keberatan dan berasa ragu-ragu juga. Patut ker saya kongsikan petua-petua yang macam ni? Yerlah kan, benda macam ni agak sensitif sikit. Petua 18SX...
Namun, memikirkan petua-petua ini bagus terutamanya kepada mereka yang bermasalah. Maka saya rasa tak ada salahnya saya berkongsi. Tujuan saya kongsikan petua ini adalah semata-mata untuk membantu mereka-mereka yang benar-benar bermasalah. Semoga ada manfaatnya petua-petua ini, sikit sebanyak.

Namun, saya ingatkan di sini, kepada mereka yang masih belum bernikah, jangan gunakan petua-petua ini untuk tujuan yang tidak baik. Saya tidak bertanggungjawab atas penyalahgunaan petua-petua ini. Harap maklum.

Petua 1 : Menguatkan Zakar Ketika Bersetubuh
Caranya amat mudah dan senang diamalkan iaitu :
Sediakan segelas susu dan dicampur isi jagung 3 X sehari atau lebih (amalkan).
Sediakan segelas susu dan buah kismis (amalkan) 3 X sehari atau lebih.
Sediakan segelas susu dan kacang hijau yg dah direbus (amalkan) 3 X sehari atau lebih.

Tempoh masa diamalkan adalah 3 hari setiap yg dinyatakan diatas maknanya 3 x 3 = 9 hari. Insyaallah terbukti hasilnya kelakian anda.
Petua 2: Menguatkan Dan Membesarkan Zakar
Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua belah kaki -tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari ( apabila mandi pagi, tengahari dan petang ) nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda. Petua ini berhasil menolong kawan-kawan saya. Cubalah...

Petua 3 : Lelaki Lambat Keluar Air Mani

Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri. Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh, dan lakukan hingga seterusnya. Insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.

Petua 4 : Untuk Tambah Power

Untuk menambahkan power semasa bersetubuh di mana sila amalkan petua berikut;-

Kalau nak buang air besar jangan seiring dgn air kecil. Oleh itu kalau nak buang air besar maka air kecil harus ditahan dan tarik nafas,sebegitu juga sebaliknya. Yang penting jangan buang kedua2 air sekali. Amalkan dikepalkan besar ibu jari nasi dan telan semasa hendak mula makan.
Petua 5 : Menguatkan Tenaga Batin Si Wanita

Bagi wanita yg mahukan lebih ‘ummphh’ (Tenaga) sewaktu bertarung dgn si suami amalkan petua ini :

Selama 3 pagi berturut-turut, hendaklah bangun tidur sebelum si suami terjaga (Peringatan: petua ini tidak akan mujarab sekiranya si suami sudah terjaga), rendamkan 3 jenis daun bunga yg berasingan, (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dgn sedikit madu asli ke dalam sebaldi air suam selama 30 minit . Mandi menggunakan air ini selepas itu barulah kejutkan si suami untuk mengetahui hasilnya.

Sekian, selamat mencuba. Cuma diingatkan sekali lagi, jangan gunakan petua ini pada jalan yang haram.