Jumaat, November 18, 2011

Punca Kurang SPERMA

TIDAK ada satu masa pun dalam riwayat hidup lelaki bilangan spermanya ada pada paras tinggi. Kadangkala bilangan sperma rendah dan adakalanya langsung tiada sperma.

Bagaimanapun, mustahak untuk lelaki itu menjalani ujian air mani beberapa kali dalam masa sebulan jika mahu mengetahui kedudukan sebenar profil spermanya.

Proses penghasilan sperma dalam kawalan hormon kesuburan Hormon Folikel rangsangan (FSH — Follicle Stimulating Hormone) dan tahap kesihatan. Gaya hidup juga mempengaruhi penghasilan sperma.
Lelaki yang merokok, minum minuman keras, terdedah kepada cuaca atau suhu panas dan bahan kimia akan mendapati bilangan sperma mereka kurang. Selain itu kualitinya juga merosot.

Pakaian dalam yang ketat dan padat juga mempengaruhi bilangan sperma. Jika kedudukan buah zakar ke bawah, menampungnya ke atas akan memberi tekanan kepada pemerosesan sperma dan bilangan sperma akan berkurangan.

Justeru, lelaki itu perlu pakai pakaian dalam yang longgar atau tidak memakai seluar dalam langsung jika dia memakai seluar ketat!

Sesetengah ubat juga memberi kesan kepada penghasilan sperma. Ubat antibiotik mengandungi sulfur, ubat nyah kulat seperti ‘ketoconazole’, ubat gastrik seperti Tagamet juga mengakibatkan sperma kurang.

Apabila ubat dihentikan atau tukar kepada ubat lain, bilangan sperma akan pulih kembali.

Pemeriksaan kesuburan lelaki, termasuk pemeriksaan buah zakar dan jika ujian air mani menunjukkan profil sperma yang tidak normal, ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan FSH perlu dilakukan. Jika FSH rendah, ubat penyubur boleh diberi sekurang-kurangnya tiga bulan dan ujian air mani disusuli dengan ujian FSH.

Jika ada peningkatan, kemungkinan isteri mengandung. Jika semua normal dan isteri tidak juga hamil, pemeriksaan lanjut kepada isteri perlu dilakukan. Selain ubat khusus, ubat alternatif dalam bentuk herba diberi jika ubat khas itu tidak memberi kesan positif.

Tribestan dari herba Tribulus atau Ekstrak larut dalam air akar Tongkat Ali juga didapati berkesan menambah bilangan sperma. Bagaimanapun, lebih baik berjumpa doktor yang mahir dalam pengendalian masalah kesuburan lelaki daripada mencuba ubat yang bukan-bukan.

Khamis, November 17, 2011

Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil


Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:
  1. Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.
  2. Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.
  3. Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.
  4. Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memberikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh.. Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual. Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun suami perlu saling memahami keinginan masing-masing.

Adakah Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?


Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.

Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:
  1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
  2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)
  3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
  4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
  5. STD atau penyakit seksual yang menular.
Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda.