Peringkat
hidup antara kanak-kanak sehingga akhil baligh dinamakan kedewasaan. Di
dalam proses kedewasaan, sesuatu perkara yang penting di dalam
kehidupan seseorang gadis yang akil baligh ialah bila datangnya haid.
Biasanya proses ini akan berlaku di antara 10-16 tahun. Jangka waktu
kedatangan haid atau menstruasi dinamakan haid pertama atau "menarche".
Haid pertama, merupakan satu perubahan rentetan yang menjadikan seorang
gadis sunti kepada seorang wanita muda.
Perubahan-perubahan ini
disebabkan satu siri interaksi antara beberapa kelenjar di dalam anggota
tubuh badan. Kelenjar kawalan, satu bahagian penting di dalam otak yang
dinamakan "hypothalamus" bekerja dengan kilang "pituitary" untuk mengawal aktiviti-aktiviti atau kegiatan-kegiatan rentetan.
"Hypothalamus" mula mengeluarkan sejenis bahan tertentu yang dinamakan "releasing factor"
lebih kurang empat tahun sebelum haid pertama. "Releasing factor" ini
akan mengalir ke dalam pembuluh-pembuluh darah yang menyambung
"hypothalamus" kepada kilang "pituitary" di mana proses ini menyebabkan
perlepasan beberapa bahan kimia yang dinamakan "hormone".
Salah satu dari hormon-hormon ini ialan hormon pertumbuhan yang mana
menyebabkan semburan yang kian berkembang diikuti dengan terjadinya haid
pertama.
Seseorang gadis sunti akan mula merasai pertumbuhan pada
dirinya empat tahun sebelum kedatangan haid pertama dan kadar
pertumbuhan itu lebih tinggi di dalam dua tahun pertama. Kemudian kadar
ini akan menurun dengan perlahan sebaik sahaja proses "menarche"
atau kedatangan haid pertama bermula. Dua hormon lain yang dihasilkan
oleh kilang "pituitary" merupakan hormon penting bagi proses kewanitaan
kerana hormon-hormon penting ini bertindak ke atas sel-sel telur di
dalam ovari.
Ketika proses kelahiran, cecair akan didapati di dalam banyak sel-sel telur yang mana ia dinamakan "egg follicles". Hormon pertama yang bertindak ke atas sel-sel telur dinamakan "follicle stimulating hormone
(FSH)". Ia akan meransang perkembangan dan pertumbuhan beberapa
follicle. Pada peringkat permulaan, hanya beberapa follicle sahaja yang
berkembang. Dan ketika ini sel-sel yang ada di sekelilingnya akan
menghasilkan hormon-hormon yang dinamakan "oestrogen".
Hormon ini akan menyebabkan seseorang kanak-kanak perempuan berubah
menjadi seorang gadis.
Follicle yang telah dirangsangkan mengeluarkan
oestrogen lebih kurang sebulan dan kemudian musnah. Tetapi di dalam
jangka waktu ini, lain-lain "egg follicle" telah pun dirangsangkan dan
giliran mereka pula mengeluarkan oestrogen. Dari masa ke semasa, banyak
follicle akan dirangsangkan setiap bulan (terus menerus) antara 12-20
yang telah dirangsangkan, supaya terdapat pertumbuhan yang selaras di
dalam jumlah oestrogen yang dikeluarkan oleh ovari-ovari. Oestrogen
mempunyai banyak kesan. Ia merangsang pertumbuhan dan perkembangan buah
dada dan bahagian-bahagian di bawah puting buah dada supaya membesar.
Ia
juga merangsang pertumbuhan "oviduct"
rahim dan faraj. Di dalam faraj, ia bertindak menebalkan dinding faraj
yang menyebabkan peningkatan kelembapan faraj. Ia juga menyebabkan
lapisan lemak di pangkal paha. Oestrogen juga megurangkan daya
perkembangan semburan yang telah bermula dari pertumbuhan hormon-hormon
"pituitary" supaya gadis-gadis yang akil baligh tidak menjadi terlalu
tinggi seperti lelaki yang telah matang dan akil baligh.
Jumlah
oestrogen di dalam edaran atau pusingan akan meningkat dengan cepat dan
proses kedatangan haid pertama semakin hampir. Paras peningkatan
oestrogen merangsang pertumbuhan dinding rahim (endometrium),
tetapi di dalam waktu yang sama bertindak-balas mengurangkan kuantiti
FSH (Follicle Stimulating Hormone) yang dikeluarkan oleh kilang
"pituitary". Sebaik sahaja paras FSH mula menurun, perkembangan dan
pertumbuhan follicle di dalam ovari-ovari dan penghasilan oestrogen akan
berkurangan.
Pembuluh-pembuluh darah yang membekalkan dinding rahim
menjadi pecah, pendarahan terjadi di dalam rahim. Endometrium menjadi
luruh. Darah dan sel-sel "endometrial"
berkumpul di dalam rahim dan kemudian mengalir ke dalam leher rahim
menuju ke dalam faraj. Menstruasi atau haid telah bermula - proses haid
pertama.
--------------------
Ardi Salasa: kalau sudi kasi komen di setiap artikel.. baru semangat nak kumpul artikel yang best2.. komen takde buat saya lemah semangat arrr.. adoiyai!! :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan