Selasa, Februari 28, 2012

Tips Menang Di Ranjang (Untuk Suami)


Meskipun anda dikatakan hebat ketika diranjang, adakalanya lelaki terlupa beberapa perkara yang boleh membantunya untuk sentiasa menang dalam "pertarungan". Di sini beberapa tips sebagai panduan untuk lelaki yang bergelar SUAMI.

1. Mengatur tempat.
Mengatur dan menyediakan tempat yang selesa untuk hubungan intim bukanlah sesuatu yang sukar. Malah ia akan memudahkan proses bercumbu dan merayu pasangan tatkala memulakan hubungan seks. Keselesaan isteri akan memudahkan tugas suami, oleh itu rapikanlah tempat tidur pasang lampu malam, muzik yang lembut untuk menyenangkan hatinya dan mencipta suasana romantik.

2. Pemanasan. 
Pemanasan atau foreplay merupakan bahagian penting dalam hubungan intim. Ia adalah perkara yang merangsang nafsu seks wanita. Namun begitu ramai lelaki menganggap foreplay hanya perkara membuang masa dan seterusnya tergesa-gesa melakukan hubungan intim. Bagi wanita inilah sebenarnya bahagian yang paling disenangi dan ingin dinikmatinya. 


3. Tahan keinginan. 
Belajar menahan keinginan di tempat tidur akan membuat pasangan anda semakin terangsang. Wanita seperti yang diketahui memerlukan masa yang lama untuk berghairah, oleh itu janganlah mementingkan diri sendiri. Puaskanlah terebih dahulu keinginan isteri sebelum mengakhiri hubungan intim. Jangan biarkan isteri terbaring dalam keadaan kecewa kerana gelora nafsunya tidak dipenuhi. Percayalah pekara inilah yang membuatkan isteri lebih menyayangi pasangan. 


4. Fahami Bahasa tubuh. 
Wanita sememangnya jarang unntuk meluahkan kemahuannya tentang apa yang diiginkan di tempat tidur. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dibawa dengan petunjuk bahasa tubuh. Perhatikan gerakan-gerakan tubuh isteri yang sebenarnya mungkin ingin memberitahu sesuatu kepada anda secara verbal. Perhatikan bagaimana pasangan anda memberi reaksi terhadap sentuhan. Jika anda melihat tubuhnya tegang ketika disentuh, ubahlah cara sentuhan sehingga isteri berasa nyaman dan senang. Sebaliknya jika ia masih belum memberi kesan, inilah waktunya untuk meningkatkan "volume" sentuhan. 


5. Jangan melakukan gaya yang keterlaluan. 
Ada lelaki yang mempunyai fantasi yang tinggi dan selalu ingin mencuba gaya baru di tempat tidur. Pastikan kesediaan isteri dahulu sebelum merancang membuat gaya yang baru, jangan melakukan kesilapan. Ada pasangan yang tidak dapat menerima aksi-aksi baru terutama yang keterlaluan. Sekiranya anda mahu mencuba aksi-aksi baru, perkenalkanlah posisi dan fantasi anda secara perlahan lahan kepadanya. Pujuk dengan cara yang betul iaitu dengan lembut dan mesra sehinggalah mendapat persetujuan. Tetapi perhatikanlah juga reaksinya, kerana mungkin pasangan anda tidak menyukainya. 


6. Jangan abaikan pasangan. 
Semua wanita akan rasa kecewa bila pasangan mengabaikan dirinya ketika di tempat tidur. Selalunya ia berlaku apabila suami telah mencapai ejakulasi . Sungguhpun kepenatan namun janganlah mengabaikan isteri setelah anda menikmati kepuasan. Perlakukan pasangan seperti sedang bercumbu, peluk dan cium dan genggamlah tangannya. Seharusnya inilah masanya suami menunjukkan rasa cinta dengan menyenangkan isteri walaupun sudah merasai kepuasan. 


7. Bahagian sensitif. 
Lelaki memang lebih tertarik untuk terus memusatkan perhatian ke alat kelamin wanita ketika hubungan seks, sehingga melupakan bahagian-bahagian tubuh wanita yang dipenuhi dengan deria sensitif. Sebolehnya ketika bersama isteri, cium bahagian bahagian yang sensitif seperti bahagian belakang, leher dan dadanya. Usaplah punggung dan kakinya. Lakukan dengan lembut kerana wanita akan merasakan kesan yang luar biasa setiap kali suami melakukannya.

Selasa, Februari 21, 2012

Khasiat Bercium (Pasangan Berkahwin Sahaja)

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit.

Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?
  • Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit. 
  • Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru. 
  • Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi. 
  • Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress.

Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. lagi... kelebihan berciuman:

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini. 


2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri. 


3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.


4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress. 


5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah. 


6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol. 


7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut. 


8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit. 


Ardi Salasa: 
Tips ini hanya untuk pasangan yang dah berkahwin sahaja. Yang masih bujang tu jangan sibuk arr..

Ahad, Februari 19, 2012

Kembalikan Ghairah Seks Anda (Pasangan Berkahwin)

Kehidupan seks memang ada pasang surutnya, tidak semestinya sentiasa membara. Itu hakikat yang harus diterima apatah lagi jika sudah lama mendirikan rumahtangga. Bagi pasangan suami isteri yang sedang melalui fasa kehambaran kehidupan seksual, di sini diberikan tip yang menambah ghairah dalam hubungan seks sekaligus menjadikan hubungan intim kembali hangat membara.

Tambahkan Usaha
Jangan sangka bahawa hubungan intim adalah acara senang dan mudah. Lirik saja mata kepada suami dan semuanya boleh berjalan lancar. Sebenarnya, sekiranya anda menambah usaha dan memperbaiki hubungan seks yang ada, permainan cinta pastinya akan terasa lebih hebat. Inilah dikatakan modal tambahan.


Belilah pakaian yang seksi, wangian yang harum semerbak, bilik yang romantik pastinya hubungan seks akan lebih membara. Untuk lebih panas lagi, cari suasana yang lain seperti menempah bilik hotel lima bintang.

Tidak Perlu Kerap
Perlu diketahui bahawa kemesraan hubungan bukan ditandai dengan kekerapan hubungan seks tapi faktor-faktor lain juga. Antaranya seperti bagaimana kita menghadapi hari-hari dan juga bagaimana kita menyelesaikan masalah bersama dengan pasangan.


Perlu diingat juga bahawa ‘mood’ untuk hubungan intim turut ditentukan oleh suasana dan keadaan fizikal kita. Jika tenaga kita dan si dia sudah habis kerana bekerja, usah memaksa diri untuk melakukan hubungan seks. Jika acara seks dianggap sebagai kewajipan semata-mata, keghairahannya pasti berkurangan.

Jangan Malu Dengan Bentuk Tubuh
Pasti ramai yang terfikir mahu melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan buah dada, mengecilkan paha dan segala bahagian tubuh yang tidak memuaskan hati kerana berasa inilah faktor seks bersama pasangan hambar. Fikir dulu. Tidak semua lelaki menyukai barang-barang palsu ini.


Bentuk tubuh asallah yan membuatkan hubungan seks bersama pasangan lebih hangat lagi. Tidak perlu malu dengan bahagian tubuh yang tidak sempurna, lelaki selalunya tidak menjadikan ia sebagai perkara yang utama. Asal dapat melakukan hubungan intim dengan isterinya, itu yang paling penting. Jadi, pedulikan kata-kata sindirin dari rakan tentang tubuh anda asalkan anda sihat.


Jangan Fikirkan Kekurangan
Bukan hanya isteri yang sering berasa kurang yakin dengan bahagian tubuh yang kurang sempurna, si suami juga sebenarnya turut berperasaan sedemikian. Pernah atau tidak pasangan anda memprotes tindakan anda menyalakan lampu tatkala mahu melakukan hubungan seks. Jika ya, itu tanda dia kurang yakin dengan keadaan tubuhnya. Sebagai isteri, janganlah memikirkan kekurangan yang ada pada tubuh suami. Nikmatilah apa yang ada.


Seks Ubat Penenang
Pening memikirkan kerja yang tidak pernah selesai sehingga diri anda sendiri stress? Tidak perlu mendapatkan ubat penenang untuk mengatasi masalah ini. Cuma lakukan seks bersama suami tersayang. Ketika melakukan hubungan seks, tubuh kita akan menghasilkan hormon ke otak yang dapat mengurangkan ketegangan dan memberi kesan ketenangan. Dijamin keesokan harinya, anda dan pasangan anda akan sama-sama berasa segar menghadapi kesibukan.


Tanyakan Pada Pakar
Banyak perkara yang belum tentu benar kita dengar berkenaan dengan seks. Daripada orgasme berulang kali hingga penurunan ghairah akibat menopaus. Walaupun kebenarannya tidak diketahui, tapi ada di antara kita yang mempercayainya bulat-bulat. Perlu diketahui bahawa tidak semua perkara ini adalah benar. Jadi, sebaiknya jika anda ada keraguan, tanyakan saja pada mereka yang pakar tentang hal ini. Malu? Jangan begitu kerana anda juga yang akan rugi.


Makin Berisi Makin Ghairah
Jangan menyesal dengan tubuh yang semakin berisi. Memang sukar untuk kembali langsing tapi fikirkan pula dari sudut yang positifnya. Tubuh yang berisi itu sebenarnya akan membuatkan anda kelihatan lebih seksi. Lelaki akan lebih suka melihat isteri yang berisi memakai pakaian dalam yang seksi daripada wanita yang kurus kering. Tapi jangan pula berisi yang berlebihan sehingga lemak lebih menonjol dan anda sendiri jadi kurang sihat.