Ahad, Oktober 23, 2011

Kaedah Mencegah Kehamilan


A) JENIS- JENIS KONTRASEPTIF
Kontraseptif merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengelak dari menjadi hamil. Sekiranya anda ingin merancang keluarga, adalah penting
Seterusnya..
untuk anda mengetahui pelbagai jenis kaedah kontraseptif terkini yang ada untuk memastikan yang mana satu paling sesuai untuk anda.
Kontraseptif pada umumnya efektif untuk mencegah kehamilan tetapi ia juga mempunyai kadar kegagalannya yang tersendiri. Ia juga tidak dapat mencegah dari terkena jangkitan jangkitan kelamin.

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan dan dalam masa yang sama anda mengalami tanda-tanda kehamilan, pastikan ada membuat ujian air kencing untuk mengesahkan anda tidak hamil.

Di bawah adalah secara ringkas penjelasan untuk setiap kaedah kontaseptif yang ada di pasaran Malaysia.



Merancang Keluarga Secara Semulajadi

Ia diamalkan dengan mengelak dari membuat hubungan seks semasa subur. Ia mengunakan kaedah BBT dan dengan melihat perubahan lelehan lendir faraj setiap hari.

Nota:
Jangan membuat hubungan seks semasa tempoh subur yang selalunya berlaku dalam lingkungan 7-10 hari. Bagi sesetengah wanita, mereka memilih untuk mengunakan kondom semasa tempoh subur ini.

1) Kondom
Kondom ialah alat pencegah hamil yang menghalang sperma dari memasuki rahim wanita. Ia terdiri dari salur getah yang dipakai semasa ereksi sebelum berlaku sentuhan dengan faraj. Kondom adalah alat kontraseptif yang popular.

2) Ubat Anti-Sperma
Spermicides adalah bahan kimia yang boleh membunuh sperma. Boleh didapati dalam bentuk buih, jeli, dan tablet faraj.

3) Diaphragm
Diaphragm adalah getah lembut berbentuk bulat yang boleh meregang. Bahagian muncungnya diisi dengan jeli pembunuh sperma. Diaphragm dimasukkan ke dalam faraj sebelum hubungan seks.

4) Cap Serviks
Berbentuk cawan kecil yang diperbuat daripada getah latex atau plastik. Seperti diaphragm, cap serviks dimasukkan kedalam faraj dan diisi dengan jelly pembunuh sperma.

5) Alat Dalam Rahim (IUD)
Intauterine Device (IUD) atau Alat Dalam Rahim adalah berupa alat plastik yang mengandungi cooper atau hormon dan dimasukkan kedalam rahim oleh doktor.

IUD tidak mencegah sperma dari mengampiri telur tetapi ia boleh menyebabkan persekitaran rahim menjadi sukar untuk persenyawaan berlaku dan begitu juga dengan implantasi.

Kaedah Hormon
Kaedah hormon bertindak dengan 3 cara:
  1. Menghalang telur dikeluarkan dari ovari setiap bulan
  2. Menyebabkan mukus serviks tebal dan sukar untuk sperma menembusinya
  3. Menyebabkan dinding rahim menjadi nipis sukar untuk kehamilan terjadi walaupun persenyawaan sudah berlaku.
Contoh kaedah hormon:
  • Pill perancang
  • Suntikan depo-provera


B) KAEDAH STERILASI

1) Tubal ligasi
Kaedah pembedahan dimana, kedua-dua salur fallopian wanita akan diikat dan dipotong. Ia adalah satu kaedah kekal dan tidak dapat diterbalikkan.

2) Vasektomi
Satu kaedah sterilasi dimana salur vas deferens lelaki yang terletak di antara testis dan groin akan diikat atau dipotong. Ia dilakukan secara pesakit luar mengunakan bius setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan