Selasa, Disember 27, 2011

Petua Mengurangkan Perut Boroi (Lelaki)

Andakah anda teringin perut anda kelihatan seperti ini?

Salam semua, buat rakan-rakan lelaki yang umurnya semakin meningkat, selalunya masalah perutlah yang menjadi igauan ngeri buat mereka. Kenaikan lemak-lemak buncit di perut jika tidak di jaga memang nampak agak jelek di pandangan mata. Akan terserlahlah ketuaan kita jika berperut buncit. Tips ini boleh juga untuk kaum wanita.
Kita selalu nakkan Mrs kita slim dan maintain, apa kata kita pun sesama maintain barulah Mrs akan rasa bangga bersuamikan suami yang hensem.. he he.. tak payah ada ketak pun tak pe, asalkan buncitnya tidaklah terlalu menonjol sudah cukup baik pada mereka.

Apa kata anda cuba petua ini; 

1-Minyak Zaitun
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak-lemak tadi akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak berlebihan serta mengatasi masalah berat badan.

Senaman yang boleh mengurangkan perut yang boroi..

2- Limau Kasturi + Kapur Makan 
Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata. Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini. Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak dan selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini. Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit. Insyaallah akan pecah lemak dalamannya melalui proses buang air besar keesokkan harinya dan jangan lupa minum banyak air kosong. Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari dan barulah mendapat hasilnya.

3- Jangan Makan Nasi
Tidak dinafikan nasi adalah makanan rutin kita sejak kita dilahirkan. Adakalanya kawan kita mengadu bahawa mereka "lapar nasi". Tetapi jika anda benar-benar ingin mengurangkan perut yang boroi bermakna anda tiada pilihan. Lupakan nasi seketika dan kalau boleh makan nasi hanya sekali seminggu. Untuk mengelak rasa lapar amalkan meminum air kosong yang banyak kerana air boleh membantu menghancurkan lemak yang terdapat di sekitar perut.

SEKADAR INGATAN..
Ini yang selalu berlaku pada kaum lelaki.. majoriti lepas kawen je mesti jadi boroi... agak kelakar juga bila orang berkata "bini belum lagi mengandung tetapi si suami dah mengandung dulu" ehehe... So.. dari sekarang jaga dan kawallah berat badan anda...

SELAMAT MENCUBA

Terima kasih yang tak terhingga buat semua pengunjung blog ini.
(klik gambar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan