Rabu, Mac 21, 2012

20 Langkah Mengatasi Tekanan Perasan (STRESS)


Langkah 1 – Fahami Punca Stress
  • Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda 
  • Cari masalah dalam diri satu persatu.
  • Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan. 
Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
  • Senaraikan keutamaan untuk dilakukan.
  • Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting. 
  • Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.


Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
  • Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
  • Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai. 
  • Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.


Langkah 4 – Menangis
  • Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
  • Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa. 
  • Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.


Langkah 5 – Ketawa
  • Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
  • Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
  • Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.


Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
  • Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.
  • Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
  • Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.


Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit
  • Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata.
  • Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh.
  • Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda. Kalau susah sangat pegi sewa bilik karaoke dan berkaraoke lah sorang2.

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari
  • Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari.
  • Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda.
  • Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib
  • Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
  • Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
  • Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur
  • Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
  • Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
  • Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan
  • Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
  • Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
  • Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah
  • Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
  • Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
  • Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13 – Bersantai
  • Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
  • Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan.
  • Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14 – Ambil Mudah
  • Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran. 
  • Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
  • Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor
  • Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
  • Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
  • Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Langkah 16 – Berurut
  • Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
  • Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
  • Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur
  • Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
  • Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.
  • Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18 – Hipnosis
  • Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
  • Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh.Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
  • Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya
  • Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
  • Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
  • Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat
  • Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
  • Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya.
  • Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan