Selasa, Oktober 23, 2012

6 Step Cara Memikat Hati Wanita (Khas Buat Lelaki)

Mengejar cinta dari seorang wanita yang kita cintai bukan perkara yang mudah. Pelbagai taktik dan cara yang kita gunakan untuk menarik perhatian semata-mata ingin melafazkan kata cinta. Berikut adalah sedikit panduan ringkas & mudah. Selain dari itu pastikan anda benar-benar ikhlas memikat hati seorang wanita.


1. Jadilah Diri Sendiri
  • Jangan berpura macho & berlagak pandai
  • Wanita suka lelaki yang bersikap sederhana tetapi berpengetahuan luas
  • Melucah adalah perkara yang paling dibenci oleh kebanyakkan wanita
  • Wanita benci lelaki yang panas baran
  • Berbohong adalah kesilapan yang sukar dimaafkan

2. Berikan Perhatian
  • Bertanyakan khabarnya selalu
  • Tumpukan perhatian ketika dia berbicara
  • Jadi pendengar yang setia
  • PEMAAF & mudah meminta maaf jika melakukan kesilapan
  • Sentiasa ikhlas bila memberi pujian
  • Jangan kedekut. Bila berjumpa sekurang-kurangnya belanja dia makan atau minum
  • Wanita suka pada bunga walaupun murah harganya yang penting wanita inginkan keikhlasan hati seorang lelaki.
  • Gembirakan hatinya. Buatlah dia senyum dan ketawa bila disamping anda
  • Berikan si dia dorongan dan semangat dengan ucapan-ucapan yang bernas

3. Jangan Bandingkan Dia Dengan Sesiapa
  • Terima si dia seadanya
  • Ingat “no body‘s perfect”
  • Jangan terlalu menilainya
  • Jangan ungkit masa lampaunya. Past is past..

4. Tunjukkan Perasaan Anda
  • Jangan cemburu buta
  • Ucapkan selalu kata rindu (bukan perkataan sayang) pada si dia
  • Jangan terlalu mengongkong
  • Berikan perhatian anda padanya
  • Biarkan dia rasa selamat tiap kali berada di samping anda
  • Jangan mengambil "kesempatan" dalam "kesempitan"

5. Bijak Membaca Situasi
  • Sentiasa peka dengan perasaannya kerana wanita berjiwa sensitif dan mudah terluka
  • Jangan cuba memaksa jika si dia tak suka dengan sesuatu perkara
  • Sentiasa ada bila si dia memerlukan anda
  • Tepati masa tiap kali ada temujanji dengan si dia
 
6. Jangan Berjumpa Selalu.
  • Jangan kerap menghubungi si dia. Takut dia akan bosan dengan anda
  • Berikan si dia kebebasan masa
  • Detik paling manis membiarkan si dia merindui anda

Ditulis oleh: Ardi Salasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan