Walaupun bukan semua wanita menjadikan tatu sebagai perlambangan
seks, sebahagian besar merasakan ia lebih kepada perkara terbabit. Ikuti
pengakuan eksklusif wanita bertatu tersebut.
“Ada pelanggan ‘menjilat’ tatu rama-rama di belakang badan saya
kerana tidak dapat menahan nafsu ketika di ranjang. Malah, ramai
beranggapan wanita bertatu adalah seksi dan berimaginasi tinggi ketika
melakukan hubungan seks.
Sebagai pekerja pusat urut, bukan saya saja yang cacah lukisan di
badan, malah rakan sekerja lain berbuat demikian bagi menarik perhatian
lelaki.
Ada yang melukis tatu di badan, atas pinggul dan dada demi menarik
perhatian ramai. Siapa tidak ghairah melihat tatu di dada perempuan,
lebih-lebih lagi lelaki hidung belang.
Tidak kurang juga lelaki menganggap wanita bertatu mempunyai
imaginasi tinggi berkaitan seks dan mampu meningkatkan nafsu pasangannya
di ranjang. Malah, ada pula yang menyangka wanita bertatu mampu memberi
khidmat seks ‘ganas’.
Begitupun, bagi pemakai tatu ia membawa makna berbeza. Setiap orang
ada pendapat masing-masing. Saya mendapatkan lukisan tatu ini pada hari
lahir ke-21 sebagai lambang kebebasan melangkah alam remaja.
Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang dipenuhi dengan tatu corak
lukisan di badan.
Kebanyakan yang menjadi pilihan adalah lambang cinta
retak, kala jengking, bunga ros layu, kupu-kupu atau rama-rama merah. Lambang ini sangat popular di kalangan peminat tatu. Jika dipakai di
dada atau atas pinggul, personaliti mereka lebih ketara dan kelihatan
seksi serta membangkitkan nafsu sesiapa yang memandang.”
NOTA: HARAM BERTATU BAGI ORANG ISLAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan