“Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata;
'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah .
Yang seorang diseksa kerana mengumpat orang dan yang seorang lagi
diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.” (Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abi Qatadah ra daripada Nabi SAW bersabda :
“Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dengan tangan kanannya dan jangan ia beristinjak dengan tangan kanannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Untuk kaum lelaki ;
- Apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
- Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula ;
- Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
- Janganlah dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan